Tuesday, July 5, 2011

KAWAN DENGAN LELAKI BOLEH BUAT KAU MENGANDUNG !



Ok,baca tajuk tu sila jangan hentam aku terlebih dahulu ye.tajuk asyik nak kontroversi jer kan.so sekarang ni aku bentangkan ape kejadahnya tajuk entri aku begini pada hari ini.

eh kawan dengan lelaki boleh buat kau mengandungla!
Istilah ni mesti ramai di kalangan korang familiar kan.
Familiar macam mana?Macam ni,masa aku kecik kecik dulu kan darjah satu kan yang masa tu kan ada pelajar genius kelas aku tak nak mengaku dia berak dalam kelas sebab nak jaga reputasi dia sebagai pelajar terpintar peringkat darjah satu ok kita ketepikan soal berak dalam kelas sebab aku tahu zaman darjah satu ialah zaman untuk memahat kenangan kenangan atau perkakasan bererti sebegitu untuk sekolah tercinta.

Sebelum masuk tadika lagi mak aku dah pesan awal awal"Kakak jangan kawan tau dengan budak lelaki,nanti mengandung."sambil mak aku menceritakan bagaimana sakitnya mengandung apabila doktor menggunting bahagian bawah kita untuk mengeluarkan baby.(*masa tu aku fikir setiap ibu memberakkan anak atau ringkasnya kita keluar dari lubang punggung mak)

Menyedari betapa sakitnya kalau lubang punggung kena gunting,betapa ngerinya mengandung,pada masa itu aku pun membuat keputusan tak nak mengandung seumur hidup.Oleh sebab aku ni sejak kecil kecil lagi berhati suci dan fikiran masih tidak dicemari maka perangai aku adalah sedikit lurus.Aku mudah percaya apa yang orang kata walaupun benda tu tak munasabah.Bila mak aku kata jangan kawan dengan lelaki,aku bukan setakat tak kawan,aku boikot,tak berani bercakap pun dengan Amir Ashraf(hah ni aku still ingat budak ni selalu duk tanya result aku bulih berapa tapi aku selalu lari sebab aku tak berani pun nak bercakap dengan budak lelaki)

Pendek cerita,ada sorang kawan aku masa darjah satu ni nama Aini tak silap.Dia dahlah cantik,rambut dia lawa pulak tu ikat dengan getah berwarna warni.ok aku mengaku la aku agak jeles sebab dia boleh freehair masa darjah satu sedangkan aku sudah bertudung ustazah plak tu plus renda renda lagi huh sungguh tak menarik,aku nak rambut tocang comel macam Barbie.(Rozita Che Wan tu tua tua pun still ada bermekap untuk photoshoot ala ala Barbie style so perasaan nak cantik macam Barbie tu lumrah bagi sesetengah perempuan ok)

sebab Aini ni lawa kan maka budak lelaki pun ramaila yang nak ejas dia,selalu nak main batu selambut dengan Aini.oleh itu aku,sebagai satu satunya pelajar darjah satu yang memakai tudung ustazah di kelas tersebut telah bersemuka dengan Aini.

"awak tau tak,mak saya kater kan,kalau kawan dengan lelaki kan boleh buat kita mengandung,saya rasa tak lama lagi awak akan mengandung,.!!"ujar aku bersungguh sungguh.

Oleh kerana masa darjah satu aku ni antara best student jugak kat sekolah rendah aku tu maka Aini percaya bulat bulatla kata aku.

Aku tengok muka Aini pucat lesi masa tu.

Mulai hari itu,dia juga fobia nak bercakap dengan lelaki.

*budak budak fikiran diorang memang inesen.untuk pengetahuan korang jangan terkejut ok kalau aku mengaku yang aku start bercakap dengan budak lelaki masa umur aku darjah 3,sumpah tak tipu tu pun selepas mak aku memberikan kebenaran untuk berkawan dengan budak lelaki bila aku mengadu tak tahan kena ejek bisu di kalangan budak lelaki sebabnya dalam kelas aku bising jer dengan kawan kawan perempuan.

hah sekarang tengok,aku memang berbeza dari dulu.
Opps.

moral of the story:hanya suami yang boleh buat kau mengandung.jadi jangan kawan dengan suami.

43 comments:

Aliesha Kirana said...

hahaah. AK xpenah pulak mak AK psan cmtu..sbb tu la dr kecik suke ckp ngan laki. hahahaha.. smpai skrg byk bestfren lelaki..hehehe

Ujang9897 said...

hahahah...cmtu sekali..,

skrang dah tau la ek cmner termengandung..hihi

NM02 said...

hahhaha... kelakar la plak...

oranglidi said...

hahhahahaha! lawak syiall ko ni. ksian tuul kna bohong sunat kecik2.

aku pn igt beranak tu mcm berak dulu. cis btul la.. aku takde lak prnah dengar kawan dgn pmpuan mnyebabkab pmpuan tu mngandung. igtkan kalu tidur sama je leh ngandung. hehe.

[tapi btul jugak kan. zaman skang ni kalu trsilap lngkah, kawan sndiri pn bleh jadi makanan..]

Teh Komtar said...

dulu ingatkan pmpuan akan ngandung kalo kena kiss...ahahaha...niceee

faizalnizam said...

hahaha.. agak lucu. but my mom tak pernah la plak ckp kat my younger sister cmtu. hurmm. mungkin ada kot tp aku tatau.

Shila said...

rugi kot xkawan ngn suami..


hahahaha..

huh..kt budak2 skrg kalo ckp mcm tu, lg berkobar2 kot diorg nk mengandung..

pameklampard said...

kah3..aduhai mak..abis la..camtu ramai la kawan2 aku dah mengandung..aiseh..mana nak cari duit nak tanggung 'anak bini' nanti..hehe..lawok2..tapi mase kecik2 suke giler maen kawen2..duk bersanding giteewww..haha

ainz said...

zaman dulu, mak ayah selalu pesan dan menakut2kan anak2..anak pulak inesen,ikut je cakap mak ayah tanpa persoalkan bende tu logik ke tak..mungkin sebab tu la zaman dulu gejala sosial ni tak menular macam sekarang ni..

zaman ni, ape yang mak ayah pesan..mesti nak kena ade sebab saintifik dan logik..hoho..anak2 sekarang semakin bijak..tapi tamadun pulak semakin mundur..hurm..

Nas said...

hahaha
lucu2
peringatan kot
boleh plak leh termengandung bila kawan ngan lelaki
kalau besar2 ade la logiknye
hu3
maksiat2
hai syahira :)))

nabilah_2908 said...

hahaha...

ibubapa memainkan peranan yg pntng dalam mendidik anak2 kan... ;)

nnti Syahira dah ada anak jgn le bagi tau perkara yg sama lak.... :)

~cik tiram~ said...

haha. dalam cerita 'aku tak bodoh' tu pun camni gak.tapi kelakar gile sebab dorang ckp laki pmpuan pegang tangan nanti mengandung.
terus si kawan laki tu bawak kawan pempuan dier pegi klinik. hailaa kelakar...hehe

TeAqArH said...

hahaha..same2..terigt jugak..jgn kongsi cawan dengan lelaki..nnt leh mengandung...muahahaha

Umie Nadhirah said...

dahsyat jugak mak kau :O hahahahahaa..
aku plak dari kecik kawan ngan lelaki, sampai masa berbaris pun aku kat barisan lelaki .. hahaha..


masih ingat kau lah syahira... lama aku carik blog kau :(

Elih Japahar said...

mak awak ni sporting lah...suka3x :)

Anonymous said...

mwahahaha.sengal.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

haha pasal keluar kut punggung tu yg tk tahan..

kecik2 dh kena tipu untuk kebaikan takpe. bgus jugk mk kau wat camtu. klu tk kecik2 dh ngandung.wakaka

semutsengal said...

amboi tajuk kau..

berpeluh aku...

Zida said...

kalau budak zaman dulu memang inosen weh tapii budak sekrang ni dah mutate, otak dorang lagi hebat dari orang tuaa.


HAHA

sekarang syahira bukan setakat kawan dengan lelaki, bahkan bakal kawen dengan 'lelaki itu' sekali. HAHA

=P

Tea Dno said...

baik bos, jangan kawan dengan suami.

*mati suami aku tinggalkan pastu. -.-

nice entry, memang best. tapi baca jd semput takde fullstop macam ni lah haa huhuu sori komplen pulak. huhuhu.

tp masa kecik mmg lah lurus, sume cakap mak, bapak, adik kakak, kawan nak ikut je. takut lah katakan jd ape2.

Unknown said...

terkedu terdiam terbisu. hahaha tak taw nak komen apa syaira oi. haha














adeeeehh, ada gak manusia macam ko muahaha

FR said...

serius kelakar .
baca dari mula sampai sudah pom rsa lawak gila niehhh . hehehe

eh tp bebudak zman skrg da tak inesen pom mcm kita dlu2 . cemana tuuu ~ hee

shandye. said...

inesen ketika masih berhingus takpe, jangan pura2 inesen ketika sudah berbulu atas bawah sudeh...

hahaha...

Unknown said...

haha.jangan kawan dengan suami?

ILA HonEyBuNNy said...

adehhhh..

macam sakit ja dengar mak cerita sakit mengandung gunting sana sini...haha...

itu la..kalau dulu kecik2...org cakap apa kita mesti pecaya kan..hehe

missgee said...

Ayat mak ko tue memang hebat
dan melekat..
Agak lucu tapi ada kebenarannya..
Harus ko takut kawan nagn lelaki..

P/s: Skrg takut lagikah??? hehehe

Udin said...

hahaha.. adoii.. mcm2.. kelakar lak bce entri ni.. ;p

iPai said...

kesimpulan bawah tuh tak leh blah ye .. kalau tak nak kawan dengan suami, jgn kawin .. hahaha


n pasal bgtau tuh betul laa, sebab tuh jangan bagitahu sebarangan kepada budak kecik ni .. kadang2 jd mental illness nanti ..

aemynadira said...

Haha..mcm lucu la..my mum x pernah ckp mcm tu :p hehe..tp ada rasionalnya jg, lebih baik mencegah kan..hehe... ^^

amranaiman said...

knapa saya kwn dgn laki xleh ngandung? :P haha.. suami mmg xleh kwn.. dia akan mengandungkan anda :P

[sutera kasih] said...

hehe kelakar jgk baca kesah awk kecik2..tp mak ckp cmtu sbb xnak anak kesygn dia buat mcm2..tp kalo gtau bdk2 drjh 1 skrg, dorg dh tau kot bnda tu tipu hehe advanca kan bdk2 skrg..

Anonymous said...

hahaha! btol tu...mak widad selalu cakap macam tu..Ko jangan kawan sangat dengan lelaki tau..Karang terberanak baru tau..huhu..so widad diam jela..

asfira aminuddin said...

haha lawak babe! yes, mama i pun penah pesan jugak camtu dulu kat i :))

Unknown said...

haha seyes kelaka! klu aish dgr pun aish ngeri kot!!

Unknown said...

mmg kontrovesi ouhhh , haha
aku pun dulu camtu gax
smpai buat kputusan ta nak mengandung
ble pk alek , alahai budak2
kahkah ;p

Akif Mazlan said...

haiyyyaaa. xleh kwn nan sy ahh nih ea? hee

Alif Haris said...

alamak ..taknak kwn ngn sy la ni mksudnye ?huhu

eh ngn suami pn taknak kwn susah la :D haha

Mr iz said...

he he he ada juga ye macam ni..he he he baru tau ni...bahaya tu kalau tak nak kawan dgn suami... he he he ...

Razman said...

patutnya kau cari la kawan laki yang mandul, tanya sorang2 siapa yang mandul. takdelah darjah 3 baru ada kawan.

ha, tak payah tacing sangat. aku jarang kat dunia blog, sealu kat twitter. tu yang tak terusha tu. tapi tiba2 best lak blog ni. haha

Anonymous said...

lama kak long menyepi

JMR said...

sapa yang mengandung sebenarnya nih?????

Raden said...

ahaha..inesenye dulu! haha


ops..mane boleh tak kawan dgn suami! tak best la! haha

NurHayda said...

ngeeh2! ... dayah still igt syahira waktu dua dlu..pakai tudung yang ade renda2 lagi... tp kamoo sangat comellllll.. and jujurnya.. dayah sgt jeles dengan anda pada ketika itu sebab awak salu bawak bekal bouquet kfc n berisi dgn nuget!!! ahaks! ..

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails