Monday, April 8, 2013

THE BEST EVENT DI MESIR PADA AKU SETELAH TIGA TAHUN TAK BLOGGING


Assalamualaikum.

Dah lama tak blogging, ni kali pertama aku menulis dalam blog sejak hampir 3 tahun berada kat mesir ni.Dah nak finale tahun 3 dahhh weii baru aku ade masa nak menulis. Tahun depan kalau aku berjaya masuk tahun 4, aku dah boleh praktikal kat hospital dah yahuuuuuu. serius cuak giler dengan finale exam lagi 3 minggu ni *sempat plak aku blogging yer. *eh*

Actually aku ade banyak cerita nak story kat korang, sebab macam macam scene menarik terjadi kat aku sepanjang 3 tahun ni tapi disebabkan aku ni jenis cakap banyak la jugak, so kalau nak cerita tu, tak mungkin habis dalam 1 entri. Maybe ketebalan ceritanya boleh dibandingkan dengan sebuah kamus Dewan Bahasa Melayu. So, aku highlight jer la antara top 3 event besar yang terjadi dekat aku.

1) Tahun 3 pengajian - Tahun Family Aku Ramai kat Mesir


Haaa yang ni kira event terbesar lah dalam hidup aku yoooee.. kalau dulu aku duk Mesir ni sorang sorang jer dari kalangan family aku, kali ni dua orang adik aku telah datang ke Mesir untuk sambung belajar kat sini. Weheee~~meriahhh naa ader adik kat tempat kau mengaji! Dah tak terasa jauh dari Malaysia dah,dah tak rasa homesick macam dulu dah, dah boleh raya kat sini dah sebab sebahagian family ade.


*gambar kami bersama sama sambut raya haji di perantauan

Adik yang pertama nama Saliha, yang baju biru ni, umo 19 tahun, insyaAllah further her study in Islamic Banking tak lama lagi.Dia datang belajar kat Mesir untuk kukuhkan penguasaan bahasa arab dia. Haahh, dia ni lah teman gaduh aku, kitorang takleh duk serumah tau, tahu nak bertinju jer. Aku sempat duduk serumah dengan dia selama 3 bulan, tiap tiap hari kalau dia datang bilik aku, kitorang mesti  akan keluar sebagai Albert Enstein, iaitu dua dua rambut dah macam kena current sebab bergomol bercakaran dan berebut baju. Tapi kitorang gaduh pun otomatik sejam kemudian akan berbaik semula cam takde pape, macam dua dua kena penyakit Alzheimer jadi tak ingat " eh aku ngan dia ade gaduh ker tadi?" haa amek kau, lost memory teruihh aku bagi. So sebagai kakak yang bertanggungjawab, aku merelakan diri aku untuk pindah rumah jauh dari dia untuk mengurangkan kadar keguguran rambut akibat percakaran (padahal aku pindah rumah sewa sebab nak guna wifi)

Adik yang kedua nama Mukhlis, umo 16 baru haa yang ni selalu jadi penjaga kakak kakak dia bila malam menjelma. Mesti korang tak faham kan? macam ni lah senang ceghita kat Mesir ni arab arab spesis gatal sikit, benda benda macam sexual harrasment tu macam common la kat sini lagi lagi nafsu mereka tengok gadis Asia yang mereka rasa sangatlah kecik dari kaum mereka sendiri. So bila aku keluar malam malam tanpa penjaga, Mukhlis la yang akan teman aku pergi mana mana untuk memastikan keselamatan aku.

2) Tahun 2013- Tahun Berjumpa Artis



Kah kah kah, tajuk nak macam jakun jer kann.jumpa artis pun nak heboh kat orang. eiii sukahati aii lahhhh nak story jugakk padahal jumpa artis sorang dua jer, tahap takabur ni melebihi Justin Bieber memandu Lamborghini mewah.Tahun ni alhamdulillah dapat jugak jumpa idola hijabista aku sejak dari dulu, Heliza Helmi tapi serius aku kesian dekat Heliza sebab masa kitorang keluar tu, asyik dia jer kena belanja kitorang, dari belanja tambang teksi la, belanja makan la, belanja tiket masuk Azhar Park laa, dahla kitorang tak layan dia special macam retisss, siap duduk beriba dengan Heliza lagi atas teksi sebab tak muat plus teksi tu sempit ( nampak tak ketidakselesaan di situ?) we are really sorry kak Ija, tapi Heliza cool jer walaupun perkhidmatan tak selesa. She really have a good manner dan tak demand langsung!

Kalau nak cerita the day we hang out dengan Heliza , aku rasa kena buat entri lain kot sebab dalam dua hari jer spend with her aku dah rasa rapat dan tak akward bercakap bertepuk tampar dengan dia. Maybe pengalaman Heliza sebagai pengacara menjadikan beliau peramah dan pandai berkomunikasi dengan orang.

3) Makin dekat dengan finale, makin berjinak dengan photoshop.

Pernah tak dengar phrase macam ni, bila nak dekat exam kan..korang tension..haa masa ni macam macam benda bermanfaat la kita nak buat, belajar buat kek pelangi la, buat projek kuih sardin gulung la, belajar photoshop laa..belajar tu la..belajar ni la... but instead of these all, WE NEED TO STUDY FOR UPCOMING EXAM! Bukan study buat kek, bukan study buat muffin..

Bila ada masa free lepas exam tamat, kita akhirnya 24jam duk mengadap laptop,online.Semua ilmu fizikal tadi haramla nak praktik, turun dapur buat kuih pun malas. Ni namanye penyakit 'menimba ilmu lain hanya bila nak dekat exam'. Haha.

Sama hal nye jugak dengan aku. Sekarang ni aku asyik duk practice photoshop, asal stress belajar Pharmacology sikit, terus aku main photoshop.Kononla edit gambar sendiri duk dekat hutan yang indah, nampak tak penzahiran perasaan kat situ, aku nak cari kedamaian dekat hutan selepas bagai nak gila hafal ubat ubat semua.

Ok guys, berikut untuk saper saper yang taktau lagi, aku perkenalkan kat korang ape itu photoshop manipulation. dia macam create gambar into fantasy lah. aku guna brush jer.

Yang ni gambar asal. 


Lepas main dengan brush semua, haa part yang paling best ialah bila dapat tukar warne suram pemandangan hutan ni kepada colourful one, dia akan jadi macam ni.


Kalau ade request, next time aku buat tutorial macam mana nak tukarkan gambar korang kepada satu foto yang indah dengan hanya menggunakan Brush.Kalau ade request lah dan KALAU ADE MASA.

hahaha stay tune.

Wednesday, November 23, 2011

NEW UPDATE KEADAAN PILIHANRAYA MESIR NOVEMBER 2011..keadaan masih terkawal.


  
*gambar terbaru sempena pilihanraya Mesir November 2011
- dicuri dari facebook kawan Mesir,
Mahmoud Soubhy.budak lelaki tahun 5 medik.kredit untuk beliau.

Hari ni kelas kami habis awal.Apa yang terjadi?
*semua orang bersorak sebab otak dah tepu,jenuh kot belajar 7 jam tanpa rehat,nak semayang pun kena pandai pandai curi masa.

Pelik.kenapa hari ni kelas habis awal?

rupanya dapat mesej dari pegawai Malaysia yang hari ni telah bermulanya perintah berkurung di Kaherah.
Katanya orang Arab dah mula berhimpun ramai ramai dekat jalan dan sekitar area Masjid Nur so kami kami yang inesen ni kena la cepat cepat balik.

Kawan kawan aku yang tinggal di area Abasiyyah (*kawasan yang berdekatan dengan Tahrir Square)diarahkan pulang ke rumah dengan segera atas sebab sebab keselamatan.nasib baiklah aku tinggal di Hayyu Sabik yang jauh la jugak dari Tahrir tu.ppfffttt*(20 minit Tahrir dari sini.)so sempat lah jugak tu nak meronggeng kat Metro Market untuk draw duit dari bank HSBC padahal perintah berkurung da keluar.

Pemandangan petang tadi yang aku lihat dalam perjalanan pulang ke rumah,di kala perintah berkurung bermula,warga Arab dan warga asing mulalah sebuk sebuk bersesak memenuhi mesin ATM yang dulunya kosong dan hanya digunakan oleh kami jer.yerla,kalau perintah berkurung dah dikeluarkan,mesti la setiap orang nak penuhkan stok makanan,nak beli barang barang keperluan sebelum apa apa berlaku.
Andaikata pilihanraya menjadi tak terkawal atau kedai kedai terbakar musnah macam rusuhan dulu *naudzubillah,jadi banyaklah kedai dan market akan tutup.so kenalah penuhkan stok makanan mulai sekarang dan kumpulkan duit simpanan yang ada,sekurang kurangnya untuk tempoh 2 bulan,pesan ustaz yang memberi pekeliling keselamatan kepada kami.

Di kesempatan ini juga,saya ingin berpesan kepada ibubapa saya yang membaca blog saya ini bahawa saya selamat jer kat sini,jangan bimbang tau Umi dan Ku,di Hayyu Sabik setakat ni keadaan okla setakat petang ni dan tak worst macam Tahrir Square.Memang ada dengar dengar cerita jugak orang arab dah nak start berhimpun kat area kami ni,tapi jangan bimbangla,kalau diorang nak buat macam tu pun,kat sini kami dijaga dengan begitu baik oleh organisasi pelajar Malaysia yang senior senior dan otai kat sini.Saya sangat bahagia berada di samping mereka~heww hew hew..hari ni makan pun banyak umi.siap tambah tambah lagi makan nasi tom yam,ada lauk ayam dan ikan goreng pulak tu,selera betul!

Dan juga, sekarang ni banyak update pasal mesir dari akhbar akhbar tempatan,banyak betul tau akhbar cakap pasal Mesir ni makin dasyhat la,makin menakutkan la..umm..saya tak menafikan khabar mereka itu,tapi ada sesetengah berita yang hanya propa jer lebih.oh ibu ibu sekalian,jangan cepat percaya bulat bulat khabar angin tu,mereka hanya hiperbola.sila tanya kami sendiri pasal sebarang update di Mesir ok.

Saya juga ingin berpesan kepada warga Arab Mesir sekalian,nak merusuh pun merusuh lah,tapi janganlah pulak korang memutuskan bekalan internet yer.Itu satu tindakan tidak berperikemanusiaan ok,kerana saya memang tak boleh hidup tanpa facebook dan twitter.kesian mak saya,nak skype tanya khabar saya pun susah!

Anyway meh aku bongkarkan rahsia yang tersirat dalam hati kami,actually,kebanyakan pelajar pelajar Malaysia tengah gembira sebenarnya sebab dapat cuti dari universiti sempena pilihanraya di Mesir minggu depan.kahkahkah.

By the way,doakan kami supaya keadaan tak menjadi seteruk dulu,Kami tak nak menyusahkan kerajaan lagi menghabiskan duit membawa kami balik semula.Kami masih bersemangat meneruskan perjuangan menimba ilmu di bumi Anbiya’ ini.

Dan paling penting,aku harap benda benda ni semua tak disturb pelajaran aku.well aku harap sangat dapat graduate menjadi doktor dalam baki tempoh 5 tahun jer lagi supaya umur aku tak lanjut dan juga dapat kawen awal.Kamon la orang Mesir,chill ok.jangan ekstrem sangat.


*wacchhhaaaaaa!!rasakan penampar berduri ini

sila like jika nak share berita ni.

Saturday, November 19, 2011

SEMBELIT BOLEH MENGAKIBATKAN KEMATIAN.SATU PENYAKIT YANG KITA PANDANG RINGAN.


Percaya atau tidak bahawa sembelit boleh menyebabkan kematian?

payah jugak nak lukis keadaan orang sembelit ni -__-!

Iyer,benar!sembelit boleh menyebabkan kematian.ngeri tak ngeri tak..tahukah korang bagaimana?

So,entri kali ni aku nak cerita fakta menarik ni yang aku belajar selepas menaiki tahun kedua medic.iyerla,blog aku ni tak pernah pun share apa yang telah aku belajar,duk merapu tak tentu hala jer.mengikut sabda Rasulullah S.A.W,ilmu tu kena sampaikan jugak walapun hanya sepatah ayat.

Back to the topic,bagaimana sembelit tu boleh mengakibatkan kematian?

seperti yang korang da tahu,kalau korang tak makan fiber (buah buahan dan sayur sayuran),korang akan mengalami kesusahan untuk berak*atau nama sucinya ialah buang air besar atau phatologicalnya sembelit,maka tahi korang kan payah nak keluar kan.

So,bila dia takleh keluar,dia akan terkumpul dekat colon dan rectum*(pundi berak ker dalam bahasa Malaysia?).Bila dia terkumpul,toxic daripada tahi tu akan terkumpul dan naik ke otak.

itu rectum,yang bersambung dengan usus besar kita

Otak kita ni mengandungi chemoreceptor yang sensitive terhadap mana mana ion atau tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan,jadi korang pikirlah, bila tahi tu tak disingkirkan dari badan,toxic dari tahi tu bakal naik ke otak,seterusnya akan membuatkan otak kita tak henti henti menjalankan mekanisme open and close sebagai tindakbalas dari toxic tersebut.

Lama lama bila otak asyik buat kerja tak henti henti,*otak kita pun penat jugak,then,korang akan rasa sakit kepala sangat sangat.Kondisi ini dinamakan sebagai “Meningeal Irritation” .Haah bila da kerap sakit kepala sebab sembelit tahap kronik tu faham faham la yer,dalaman otak korang akan irritate atau cedera.Bayangkan bila sembelit korang tu berlarutan bertahun tahun,apa akan jadi pada otak korang?

Kalau otak korang yang banyak giler fungsi dia tu cedera,apa akan jadi kat diri korang selepas ni?koma la jawapannya atau lagi teruk kematian.

So kawan kawan,yang mana sembelit tu,banyakkan makan buah dan sayur sayuran,jauhi sembelit,sayangi tubuh anda,sihat tubuh badan adalah anugerah Allah yang tak ternilai sempurnanya.Kalau da cedera,bahan spare part untuk ganti balik bahagian badan korang tu takkan sesempurna seperti yang Allah bagi.



bila da takde masalah sembelit,korang bolehlah tersenyum dan memakai selendang style hana tajima dengan gembira

*Harap korang enjoy entri ni walaupun aku rasa entri kali ni agak serius.maklumlah pendidikan apa yang tak serius.
LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails