Monday, April 8, 2013

THE BEST EVENT DI MESIR PADA AKU SETELAH TIGA TAHUN TAK BLOGGING


Assalamualaikum.

Dah lama tak blogging, ni kali pertama aku menulis dalam blog sejak hampir 3 tahun berada kat mesir ni.Dah nak finale tahun 3 dahhh weii baru aku ade masa nak menulis. Tahun depan kalau aku berjaya masuk tahun 4, aku dah boleh praktikal kat hospital dah yahuuuuuu. serius cuak giler dengan finale exam lagi 3 minggu ni *sempat plak aku blogging yer. *eh*

Actually aku ade banyak cerita nak story kat korang, sebab macam macam scene menarik terjadi kat aku sepanjang 3 tahun ni tapi disebabkan aku ni jenis cakap banyak la jugak, so kalau nak cerita tu, tak mungkin habis dalam 1 entri. Maybe ketebalan ceritanya boleh dibandingkan dengan sebuah kamus Dewan Bahasa Melayu. So, aku highlight jer la antara top 3 event besar yang terjadi dekat aku.

1) Tahun 3 pengajian - Tahun Family Aku Ramai kat Mesir


Haaa yang ni kira event terbesar lah dalam hidup aku yoooee.. kalau dulu aku duk Mesir ni sorang sorang jer dari kalangan family aku, kali ni dua orang adik aku telah datang ke Mesir untuk sambung belajar kat sini. Weheee~~meriahhh naa ader adik kat tempat kau mengaji! Dah tak terasa jauh dari Malaysia dah,dah tak rasa homesick macam dulu dah, dah boleh raya kat sini dah sebab sebahagian family ade.


*gambar kami bersama sama sambut raya haji di perantauan

Adik yang pertama nama Saliha, yang baju biru ni, umo 19 tahun, insyaAllah further her study in Islamic Banking tak lama lagi.Dia datang belajar kat Mesir untuk kukuhkan penguasaan bahasa arab dia. Haahh, dia ni lah teman gaduh aku, kitorang takleh duk serumah tau, tahu nak bertinju jer. Aku sempat duduk serumah dengan dia selama 3 bulan, tiap tiap hari kalau dia datang bilik aku, kitorang mesti  akan keluar sebagai Albert Enstein, iaitu dua dua rambut dah macam kena current sebab bergomol bercakaran dan berebut baju. Tapi kitorang gaduh pun otomatik sejam kemudian akan berbaik semula cam takde pape, macam dua dua kena penyakit Alzheimer jadi tak ingat " eh aku ngan dia ade gaduh ker tadi?" haa amek kau, lost memory teruihh aku bagi. So sebagai kakak yang bertanggungjawab, aku merelakan diri aku untuk pindah rumah jauh dari dia untuk mengurangkan kadar keguguran rambut akibat percakaran (padahal aku pindah rumah sewa sebab nak guna wifi)

Adik yang kedua nama Mukhlis, umo 16 baru haa yang ni selalu jadi penjaga kakak kakak dia bila malam menjelma. Mesti korang tak faham kan? macam ni lah senang ceghita kat Mesir ni arab arab spesis gatal sikit, benda benda macam sexual harrasment tu macam common la kat sini lagi lagi nafsu mereka tengok gadis Asia yang mereka rasa sangatlah kecik dari kaum mereka sendiri. So bila aku keluar malam malam tanpa penjaga, Mukhlis la yang akan teman aku pergi mana mana untuk memastikan keselamatan aku.

2) Tahun 2013- Tahun Berjumpa Artis



Kah kah kah, tajuk nak macam jakun jer kann.jumpa artis pun nak heboh kat orang. eiii sukahati aii lahhhh nak story jugakk padahal jumpa artis sorang dua jer, tahap takabur ni melebihi Justin Bieber memandu Lamborghini mewah.Tahun ni alhamdulillah dapat jugak jumpa idola hijabista aku sejak dari dulu, Heliza Helmi tapi serius aku kesian dekat Heliza sebab masa kitorang keluar tu, asyik dia jer kena belanja kitorang, dari belanja tambang teksi la, belanja makan la, belanja tiket masuk Azhar Park laa, dahla kitorang tak layan dia special macam retisss, siap duduk beriba dengan Heliza lagi atas teksi sebab tak muat plus teksi tu sempit ( nampak tak ketidakselesaan di situ?) we are really sorry kak Ija, tapi Heliza cool jer walaupun perkhidmatan tak selesa. She really have a good manner dan tak demand langsung!

Kalau nak cerita the day we hang out dengan Heliza , aku rasa kena buat entri lain kot sebab dalam dua hari jer spend with her aku dah rasa rapat dan tak akward bercakap bertepuk tampar dengan dia. Maybe pengalaman Heliza sebagai pengacara menjadikan beliau peramah dan pandai berkomunikasi dengan orang.

3) Makin dekat dengan finale, makin berjinak dengan photoshop.

Pernah tak dengar phrase macam ni, bila nak dekat exam kan..korang tension..haa masa ni macam macam benda bermanfaat la kita nak buat, belajar buat kek pelangi la, buat projek kuih sardin gulung la, belajar photoshop laa..belajar tu la..belajar ni la... but instead of these all, WE NEED TO STUDY FOR UPCOMING EXAM! Bukan study buat kek, bukan study buat muffin..

Bila ada masa free lepas exam tamat, kita akhirnya 24jam duk mengadap laptop,online.Semua ilmu fizikal tadi haramla nak praktik, turun dapur buat kuih pun malas. Ni namanye penyakit 'menimba ilmu lain hanya bila nak dekat exam'. Haha.

Sama hal nye jugak dengan aku. Sekarang ni aku asyik duk practice photoshop, asal stress belajar Pharmacology sikit, terus aku main photoshop.Kononla edit gambar sendiri duk dekat hutan yang indah, nampak tak penzahiran perasaan kat situ, aku nak cari kedamaian dekat hutan selepas bagai nak gila hafal ubat ubat semua.

Ok guys, berikut untuk saper saper yang taktau lagi, aku perkenalkan kat korang ape itu photoshop manipulation. dia macam create gambar into fantasy lah. aku guna brush jer.

Yang ni gambar asal. 


Lepas main dengan brush semua, haa part yang paling best ialah bila dapat tukar warne suram pemandangan hutan ni kepada colourful one, dia akan jadi macam ni.


Okayla still noob skill. Chiao !

12 comments:

Farah said...

Samalah saya. Bila nak final je, masa tu la teringin nak buat tu nak buat ni. Sekarang pun bertangguh belajar untuk final sebab teringin nak tengok movie.

Alfahmi Abdul Fattah said...

hehehe..da berkulat bersawang da blog..ni baru nk dtg bersihkn yee..hehehe

syahira ariff said...

farah : haha awk tengok movie ape? time exam sy tgk movie pendidikan macam House m.d yg english series psl kehidupan doktor.tp bila cuti, citer mcm ni x layan la pulak.

pamek: hehehe ade jugak orang alert ek kita update entri baru. :P ko slalu ke bukak blog.sbb orang2 mcm kau ni lah yg rajin komen, buat aku x putus semangat berblogging.haha :D

Ecah Mashuri said...

Adekk oiii ingt lagi x neh sape?hahaa..lama no xupdte blog ye..samela kiteee..haha, miss ur writing yg gile2 tu,,please2 update sokmo deh ;)

syahira ariff said...

ecah mahsuri : hehe mestila ingat akak yg slalu dtg komen blog sy.x sangka akak perasan sy ade update entri bru.huhu

btw i.A akan update.tp segan la sbb x smpat blogwalking mcm dulu krn kesuntukan masa.
:)

Anonymous said...

bersawang ;-)


rr

Cik Nathrah said...

salam dikk!!! lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa awk tak updateee! heeee..btw shomell sgt pict dgn heliza itu. i is jelesss :) take care ye :)

wawa nasruddin said...

tahniah akhirnya update! haha

selama ni silent reader je.. jmpe blog ni dari link kt blog my schoolmate, jay a.k.a amalina sahaja..

like to read your blog! :)

Qu azniza ;) said...

lamanya dia x update......hehehe best baca!

Deni Gunawan said...

:)

zacky786 said...

woww...
menarik yer..
where are u now ?

dgr kbr mesir makin bergolak.. woorried.. hope u can update ur blog again someday

Irfa said...

humble nya heliza helmi
seronok tgk kamu 3 bradik
dahlah comel2
pandai pulak tu

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails