Friday, July 8, 2011

macam mana nak apply perubatan di mesir?


Selepas result spm baru ni keluar,ramai jugak yang suruh aku share tentang pengalaman aku belajar dalam bidang perubatan.thanx kepada shahrizal  shahmi antara kalian yang bertanya.hee.


sayang sayang sekalian,akak malu sebenarnya nak cerita coz akak baru jer tahun pertama amek medic,pengalaman takdelah seluas mana untuk dikongsikan.tapi untuk entri kali ni akak akan cuba share pengalaman akak amek medic untuk tahun pertama yer.

First sekali akak pun tak tau kenapa la akak buat keputusan untuk amek medic ni sebab cita cita akak dulu nak jadi chemist takpun amek TESL.cam teacher B.I gitu..orang kata cikgu ni suami sayang la sebab kerja tak teruk macam doctor ah mitos semuanya!Hmmm,mungkin Allah takdirkan hidup akak untuk berjasa kepada masyarakat dalam bidang ini kot so akak tetapkan dalam diri akak “setelah kau dah masuk dalam sesuatu bidang,berjuangla sampai habis,quitter never win,winner never quits!”

Sebenarnya akak ni takdelah golongan genius bijak pandai sangat walaupun akak memegang title student medic.result spm akak cukup cukup jer sayang untuk membolehkan akak melayakkan diri untuk memohon bidang ni di timur tengah.yang terer terer nuu budak under mara or jpa.

Hee,tapi korang jangan la rasa kalau korang tak dapat apply mara or jpa,cita cita korang untuk menjadi doctor hancur.sebenarnya ada cara lain lagi tau.

Caranya ialah korang boleh mohon untuk belajar dalam bidang perubatan ni menggunakan agent agent yang berdaftar untuk mengelakkan korang dari ditipu.akak plak guna agent KMS (Kelantan medical service) so far agent ni boleh tahan bagus jugakla perkhidmatan dia.ada banyak lagi agent agent yang adik boleh rujuk untuk urusan belajar di timur tengah contohnya macam Medic Mesir,Al quran medic (AQM) ataupun Yayasan Gilang Gemilang.ni antara agent agent yang femes la ni.

Aper syarat syaratnya?

1)ofcoz la korang perlu korbankan sedikit duit well untuk berjaya sometime kita kena korbankan sesuatu yang kita sayang kan?bayaran tahun pertama untuk kos perubatan di seluruh university di mesir kecuali university of Tantar ialah USD 2000,lebih kurang dkt RM 6,7 ribu jugak.

2)Then,untuk apply medic kat sini result SPM korang kena dapatkan at least B+ untuk memohon NOC (non objection certificate) yang mana akan memudahkan urusan korang untuk mendapatkan mana mana pinjaman.tapi kalau tak dapat pun korang still boleh tangguh NOC tu taun depan selepas dapat result tahun pertama.kalau korang dapat 11B atau 11B+ pun korang still boleh mohon medic.*terover la plak

3)korang kena la ready berkorban yer setelah amek medic ni.berkorban tawaran university kat Malaysia yang korang dapat.dulu,akak dapat foundation engineering kat UIA.seperti yang korang tahu foundation ni tarikh kemasukan dia agak awal sedikit sedangkan masa tu akak BELUM DAPAT pengesahan pun lagi dari pihak university di Mesir adakah akak layak amek medic di sini.

Serius masa tu perasaan bercampur baur,,nanti kang kalau aku tolak UPU ni,kalau aku tak dapat tawaran mesir,kat manala aku nak study?so akak tawakal jer,akak tolak UIA,berdebar xsah nak kata la then sebulan kemudian,pihak mesir pun menghantar surat tawaran untuk belajar di sana.alhamdulillah~!!!so here I am..

kat bawah ni akak share sket gambar gambar sepanjang tahun pertama akak di sana.

ni masa akak belajar pasal tangan manusia menggunakan cadaver(mayat).nak jadi doktor mana boleh takut nak pegang pegang badan mayat macam ni,kalau korang takut pon,lama lama korang pasti dapat biasakan diri.

ni semua classmate akak.ramai kan orang malaysia kat sana,tapi azhar ni unik sket,dia tak campur lelaki dan perempuan so kalau nak pergi kelas tu serabai serabai pun takper sebab semua orang sama jantina.=p

nanti tahun ke 4 insyaAllah kita akan enter bilik pembedahan dan tengok cara doktor bedah pesakit,that's why i love mesir.of coz mesir special sebab mereka mempunyai banchelor of surgery yang membenarkan kita mendapatkan ijazah klinikal dan surgery dalam masa yang sama.negara lain kalau tak silap kebanyakannya hanya menawarkan ijazah dalam klinikal sahaja,maksudnya kalau nak dapat ijazah surgery tu terpaksa further study lagi beberapa tahun la.

ni plak gambar pramugari egypt air.

so,kepada yang ragu ragu nak datang mesir tu datang la yer best tau belajar sini semua benda boleh rasa,musim sejukla musim bunga la benda benda yang kita tak pernah jumpa pun banyak kat sini.*promote lak pasni Egypt Air sila bagi aku kerja sampingan sebagai pramugari korang ok sebab aku da promote mesir.

kalau nak tahu lebih banyak pasal perubatan di mesir sila bukak blog kawan akak ni.beliau rajin sikit update pasal ni.tokey movie ni semua cerita dia ada.ni blog dia si zieda zidot.

32 comments:

missgee said...

Bagus!!!
Tunjuk ajar yang baik even
tak dapat jadi Guru B.i :)

missgee said...

Bagus!!!
Tunjuk ajar yang baik even
tak dapat jadi Guru B.i :)

HonEyBuNNy said...

alamak...

kak ila xlayak jadi doktor la..tapi nak baca jugak entry neh...untuk masa depan katakan...heheh

zida said...

tokeii moviee? hamboii perli aku nampak! haha

nur impiana said...

hello!! mc syah..
akak~~
hmm...ko bgla contact KMS tu ke cne utk sng adek2 kte ni nk apply klu berminat..
tp seriously skjap je mse berlalu,da nk jd senior..xsuke2..
suke jd budak..muahaha:D

nur impiana said...

hello!! mc syah..
akak~~
hmm...ko bgla contact KMS tu ke cne utk sng adek2 kte ni nk apply klu berminat..
tp seriously skjap je mse berlalu,da nk jd senior..xsuke2..
suke jd budak..muahaha:D

syahira ariff said...

tbaik ah.NUR IMPIANA
aku sebenarnya tak jumpa laman web rasmi kelantan medik
*padahal malas nak google.keh keh
nanti diorang gugle sndiri ah
huahuahuahuahua

*kms x nk bagi kredit ker aku promot.haha

Mr JePz said...

weh mc syah..loni da tuka KMS jadi D'kenali kan..x clap aku lah..hehe..neway,nice post..promote la byk2 agy sal mesir..klu ade rezki dpt la ko twran nk jadi stewardess egypt air tuh..wat kijo part time nex summer holidays..wahahaha..

[sutera kasih] said...

ehh, ada gmbr sy la dlm tu hehe

ms lps spm dulu, cket lg sy smbg perubatan d mesir, bapak suruh..tp sy nanges2 dh ckp xnak pegi hehe..sbb sy tau sy tau kemampuan otak sy xdpt nk catch up bidang tu :)

ainz said...

Tak terfikir pun nak jadi doktor..sebab dari dulu memang nak jadi engineer..dulu berangan nak pegi jerman tak pon jepon yang bertechnology tinggi..tapi tak kesampaian..huhu..

Studi di oversea lain dari studi di malaysia..lebih byk technology terkini yang dapat kita praktik..tak cakap u malaysia tak ok..tapi tu realiti.. ;p

iPai said...

wah .. muka aku ada kat gambar itus .. heheh

waa, nampaknya nasib baik laa aku tak amik medic, sebabnya mesti kena banyak baca buku .. hehehe

all the best k !!

Tea said...

ohh. bestnya. hehe. tea xpenah amik tau, sebab xpenah minat jd doktor kot. huuhu.

Anonymous said...

kalau saya ni dah memang dapat scholarship mara and dh mmg habis foundation medic tapi tak lepas interview uni for ireland, mcmn saya nak apply medic mesir?

teen nabila said...

waaa goodluck doc ! :)

syahira ariff said...

anonymous:slagi umur tak exceed dari 22 tahun,anda boleh mohon medic di mesir melalui agen,ramai jer kawan kuliah saya yang berasal dari IB,yang tak lulus interview uni di Europe datang belajar kat Mesir melalui agent.datang belajar di sini,nnti thn ptama apply mara or jpa

hafidzi said...

adik, MBBS(medicine bachelor and bachelor of surgery) dan MD(Medicine Degree) adalah sama level laa~ both comprise of basic internal medicine and basic surgery. depend pade uni la nak pakai nama yg mana. kalau abg x silap, MBBS ikut UK, manakala MD ikut US. kat mane2 uni ajar surgery jugak ye ^__^ kalau x blajar surgery mase buat degree, cemane lak nk jadi intern nanti..sori la kalau abg silap~~

syahira ariff said...

ohh macam tu yer bang
maafla sy tak tahu..hehe
rupanya semua uni ada buat surgery utk medikal student eh
maaf atas kekhilafan ini
tenkiuuuu betulkan
:)

nich said...

salam akak :)
nk tnya bleh x?
sy ni tgh spm 2011. nk mohon medic kt mesir..tp tatau mcm mne. kene mohon kt mne? and guna result trial ke spm ? hehe ^^

syahira ariff said...

adik nich
banyak sbnrnya agen yang menawarkan tempat untuk kita belajar di mesir
tapi akk suggest adik guna agent2 yang berdaftar dan sudah femes
tidaklah ada kes tipu tipu duit dan sbgainya
antara agent yang sudah berpengalaman menghantar pelajar2 ke mesir ialah agent medicmesir,agent al quran medik,kelantan medik,yayasan gilang gemilang,dan islamic medik
adik boleh google diorang untuk dptkan no talipon n kontek diorang k?
:)
btw,guna result spm yer

Aida Karim said...

salam . akak , sy mmg mnt medic . tp ta mnat nursing n surgeon . tp , bile tengok org semua bedah , mcm nak pulak jd surgeon . tp bile fkerkn nyawa org, kena fker fkir bnyk kali pulak . sy dah form4, spatutnya dah ada cita2 tp sy still blom ada cita2 tetap . teringin nak ambil psikolgi yg dkt hospital mental tu. tp org ckp kena further master . betul ke???
-bingungGiler!-

syahira ariff malas nak login said...

aida karim.physicology subject yg sgt best.
akak tgh blajar utk tahun ke 2 ni
santai jer belajar
form 4 x ramai antara kita yg da matang
akak pun decide future akak lepas spm.hehe.tp kalau adik mnt biologi,medik bidang yg sgt sesuai utk adik.lgipun medik sgt best,ia mencabar pemikiran adik dlm situasi yg sgt tegang dan mncemaskn.tak mcm pysicology yg suasana lebih relaks dan santai

spekmataputih said...

Salam kak. Saya ni baru dapat result SPM 2011. Result 6A+ 3A 1A- B+.

5 Subjek utama dapat:
Math Mode - A+
Physics - A+
Chemistry - A
Add Math - A
Biology - A-

Akak rase saya still boleh mohon medic kat Mesir ke sebab Biology A- dan Arab B+..

RedHerz said...

Salam, saya curious la... sebelum akak dapat surat tawaran dari universiti Mesir tu akak kena bayar yuran ke ape2 x?

sue said...

salam saudari,saya nak tanyer saudari amik program regular ka???klu ya senang x nak score jayid jidan/mumtz tuk tahun pertama???

Budak Geekz said...

salam..sy pn xtahu cmne ley smpy ke blog ni...rupa2nya..admin student medic mesir..cma sy brbeza universiti jew..

Grasso said...

wah .. muka aku ada kat gambar itus .. heheh waa, nampaknya nasib baik laa aku tak amik medic, sebabnya mesti kena banyak baca buku .. hehehe all the best k !!

Anonymous said...

Do you mind if I quote a сοuple of yοur posts aѕ long as Ι prоvide credit and sοurces bаck to your webpage?
Mу blоg site is in thе veгy same aгea οf intеrest аs yоurs and my users would truly benefit fгom a lot of the іnformation you ρrovide here.
Plеаse lеt me know if thіs okay with you.
Thanks a lot!

Heгe іѕ my ωeb blog rocket spanish language software

aina lee said...

salam kak, if ade C dalam spm memang tak boleh eh ?

Anonymous said...

Kalau kimia c+ time spm boleh ke dapat?

Tee Ah said...

salam sis, nak tanyammg x de student diploma ye yg g mesir nie??

Ain Tihah said...

assalamualaikum.. saya pelajar lepasan spm 2015.. saya ada mohon medic di mesir n saya ditawarkan oleh satu education consultant ni ke univesiti zagazig.. apa pendapat akk tntg u ni?? n saya nk tanya mcm mana akk apply ke uni mesir ni?? since saya tak amik b.arab, akk ada x apa2 tips nk bg saya so that dengan izin Allah saya boleh belajar kt uni mesir ni.. tq kak

Anonymous said...

Salam sy ni minat sngat2 nk jadi doktor al hafizah cita2 nk bukak hospital terapi al quran kt u mana yg ada beljar tahfiz sekali dgn medic tolong la sy memng x tahu cara n dimana nk beljar keputusan sy pun tidak la cemerlng sngt sy dulu bersekolah mengh agama d luar bandar tapi ayah sy mampu nk tangung sy belajar tolong bantu sayaaaa

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails