Wednesday, January 8, 2014

PENGALAMAN BERTEMU PESAKIT PERTAMA SAYA!


Okay.okay.

Nie kali pertama aku update blog sepanjang tahun 2014 ni *setahun satu post gitcheww* Nie..nie.. aku rasa nie kalau ader Anugerah Blogger Paling Malas ni aku lah tu orangnya takpun Anugerah-Stalker-Paling Berjaya-Sepanjang-Tahun-Tanpa-Meninggalkan-Kesan-Jejak pun aku boleh bolot kot award tue.
Pemenda lah panjang sangat award ciptaan kau ni *pulas memanja kat diri sendiri*

Sedar tak sedar dah Tahun 4 dah aku kat sini. Kalau dulu belajar kat kuliah di Universiti, sekarang ni dah praktikal, belajar kat hospital new environment woo, dah ada clinical round, pastu kann setiap hari pergi hospital tengok muka pesakit baru setiap hari kann rasa sebak giler sambil dalam hati berazam nak belajar bersungguh sungguh untuk kurangkan penderitaan diorang *okay tipu giler padahal tak sabar nak habis lecture di hospital terutamanya subjek Community Medicine versi revision yang sumpah bosan giler*

So, aper aku nak tulis kat blog aku kali ni weh?

Emmm emmm.Aku pun taktau.

Ader yang request kat message kat FB, tanya," Akak, awat lama tak update blog, kita ghindu la nak baca blog akak, cerita lah pasal hidup seharian akak sebagai pelajar medik kat sana"  *amende lar korang nie, korang suka ker dengar aku membebel? Korang suka ker dengar aku duk huha huha?*

Okaylar disebabkan taknak mengecewakan hati pengrikuest, so hari ni aii decide nak singkapla sikit pasal kisah hidup aii kat sini untuk bacaan umum *bajet selebriti* which is pengalaman bersama pesakit pertama saya!

Pada kelas Ophthalmology yang lepas, aku dan tiga orang kawan aku ditugaskan untuk amek 'history taking' (borang soal selidik pasal pesakit tu. Macam biodata dia, latar belakang  family dia, dulu dia penah sakit apa dan macam macam lagi la) okay so nama pesakit pertama aku ni Nadaaa Ahmed la kan so makcik la kan, dah kahwen la kannn umor 65 tahun tua la kann *Urghh berapa kali nak kannnn lah aku ni *tetiba annoying sendiri*

Dia telah di'diagnose' menghidap Mature Subcapsular Cataract di mata kanan beliau. Katarak ni sejenis penyakit mata yang menyebabkan kau punya lens mata jadi opaque, tak lutsinar gitchew ah malas ah nak terang pi google cepat kalau nak tau (dasar pelajar medik tak guna)

Sebelum aku ngan member aku check mata makcik ni, kitorang tanyalah dia,

"Iftor kholas ya mama?"(Dah makan dah makcik?) Dia angguk. Aku tanya lagi,

"Enti fiii maridd sukkar?" (Makcik ader sakit gula?)

Kahkah ni yang aku rasa menarik ni dengan bahasa Mesir ni sakit gula tu maksudnya sakit kencing manis atau diabetes. Kalau nak selidik history patient mana mana pon soalan kamu ada diabetes ni memang WAJIB tanya pun sebab penghidap diabetes ni immunity dia rendah, agak mudahlah kena serang penyakit.

Makcik tu cakap dia takde diabetes, takde 'Doghtu Dam'(darah tinggi) cuma dia merokok kengkadang jer sebagai habit biasalah orang tua kan pastu aku ngan member aku pun nak check la mata dia yang kena cataract tu, bawak keluar la lampu suluh nak check sekitar mata tu.

Okay everything went smoothly during the tests, kitorang memula tu gayat gakla tapi enjoy la buat test tu then suddenly makcik tu macam dah malas dah layan kerenah kitorang maklumlah test yang kena buat untuk mata sahaja ade 13 jenis!

Makcik tu fake result test. Huhu. Nampak bebenar malas nak layan dah.

Aper aper soalan yang kitorang tanya, dia jawab cam acuh tak acuh jer entah betol entah idokk entah jawapan yang dia gitau tu. Takleh salahkan dia jugak sebab dia kann dah tua mestilah dia incooperative sket. Tapi aku fikir positive la nasib baik pesakit kitorang kali ni dah tua, kalau kitorang dapat mama arab yang masih muda tangkas yang ade six pack yang gagah angkat tong gas pakai sebelah tangan gitcheww maunye kena hempuk sorang sorang kalau tetiba pesakit rasa serabut kena buat 13 test.

Mak Cik Nadaaa dan menantu idaman Malaya
*sorry terpaksa censor mata pesakit this is for private and confidential 

Tue lah serba sedikit pasal pengalaman pertama aku bertemu pesakit. Panjang la plak aku membebel. Dahla aku nak pergi baca buku ni dahla korang jangan lekakan aku lagi aku ada banyak kerja rumah nak kena buat nie *okay tipu sekali lagi padahal nak pergi tengok episod runningman latest,
Babai.

14 comments:

Irfa said...

hihi..suka je baca
mmg pun..kekadang malas nak layan soklan pelajar praktikal bila masuk spital.huhu.baca jelah kat fail katil tu..byk soklan pulak dia
org dahla sakit

esok tulis lg tau

syahira ariff said...

irfa : hai irfa!
haha masalahnyer memang tugas pelajar medik pun amek history taking ni, sebagai persediaan ke alam kerja nanti. janganlah serabut ngan kitorang wuuu wuu wuu nak nangis ah camni T-T

Irfa said...

tq syahira
sudi singgah blog akak ;)
kalau masuk spital dn kena temuramah ngan pelajar medik, akak akan cuba bagi kerjasama..nak pulak pelajar tu comel mcm kamu

kucokelat said...

bestnye t da jd dokter

kindergartenlibrary said...

hehehehe .okay la tu .. ada pengalaman ! ^^

Farah said...

Seronok baca pengalaman budak medik buat praktikal.

All the best! :)

Anonymous said...

poyonye doktor ny :P
�� Kuakua

Cik Nathrah said...

Hai adikkkkk.akak pon dah kena penyakit malas update belog.tapi takpelah kita bukan patin liyana org nk kisah.gud luck in ur study!

Fnd Rocka said...

kau buatlah post 100 pesakit pertama..sorang dapat satu post.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

biasa la part-timer blogger... ada lapang kalu... apdet.. xde ....bersawang le... huhuhu.....

Najah Mustapa said...

haha.. baca nie terus gelak..

Anonymous said...

Heya i am for the first time here. I came across this board and I to find It really helpful & it helped me out much.
I'm hoping to offer something back and help others such as you aided
me.

Visit my website :: rapid weight loss

Anonymous said...

tugas di hospital kadang sedih dan kadang senang. bercampur baur semuanya.
by Kurniawan

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails