Friday, November 11, 2011

SAMBUTAN RAYA HAJI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR (tajuk skema la sangat kannnn)


 Alhamdulillah,setelah 3 bulan melarikan diri dari blogging kerana penyakit malas,hari ni terupdate jugak angkara terlampau bosan membaca buku Histologi.Aku terpike la kan,ada lagi ker orang yang sudi baca blog usang berhantu yang telah lama ditinggalkan ni.Tapi kalau ada orang komen untuk entri ni,aku akan trus blogging tapi kalau takde,maka...

Point pertama,sila tabik spring kat aku walaupun sibuk dengan 4 peperiksaan minggu ni still nak update blog.Mungkinkah aku adalah contoh pelajar yang pandai membahagikan masa?siapa tahuu

Jom straight to the point,tahun ni aku menyambut raya kurban kali kedua di Mesir.Kalau kat Malaysia nuu orang duk buat open house sampai hari raya ke 2,kat sini raya ke 5 pun orang still buat open house.meriah tak hengattt.wa cakap lu..jap lagi aku kena menghadirkan diri ke open house Kawaii geng yang umah sewa dorang dekat kedai nasi Hadromaut.

Raya kurban pertama kitorang kena ikat perut lagi sebab unta,kibas semua dalam proses penyembelihan kan,dekat rumah negeri Kelantan di Hayyu Sabi' ni telah berlangsungnya penyembelihan unta sebanyak 5 ekor dan berapa puluh kibas ntah.memang banyak giler dapat makan daging,bayangla kan pelajar Malaysia kat sini pun dekat beribu ribu orang,,daging yang diperuntukkan mestila banyak kan.

Soalan common orang Malaysia:
Bagaimana rasa daging unta tu?


Syahira Ariff,artis,19 tahun:
"Emm sedap lagi kot dari daging lembu..dia punya daging lagi lembut dan memberikan kepuasan."


orang malaysia: ohh sedap ya.berapa kilogram berat badan anda naik?


Syahira Ariff: .........


(*sabar..dunia ini masih indah)


jom layan gambar gambar kitorang masa raya kedua di Mesir.yakni muka semua orang sudah ceria kerana raya kedua dah boleh makan daging.

 ini semua senior senior dan junior junior aku.
kitorang dulu satu sekolah dan dipertemukan kembali di mesir,padahal duduk satu mesir jer tapi nak jumpa dorang semua ni setahun sekali la,masa raya jer kan,maklumla semua orang duduk muhafazah lain lain,ada yang duk kat alexandria,tantar,zagaziq,mansoura pun ada.

Tapi kitorang yang duduk Kaherah ni la paling untung sebab Kaherah ni macam Kuala Lumpur la,ibu negara tapi specialnya kat sini merupakan pusat perkampungan orang Malaysia.semua rumah negeri ada kat sini!Rumah negeri Kelantan,Johor,Melaka,Perlis,Wilayah,14 negeri tu semua ada..pendek kata bila time raya jer semua student balik 'negeri' masing masing.



kitorang berkelah kat Hadiqoh Dauli atau Taman Negara.(dinamakan sebegitu rupa kerana taman ni mengandungi berbagai tugu negara di dunia ni macam replika tembok negara Cina.bangunan kincir angin untuk Holland,Statue of Liberty new York etc etc..)

Sekarang ni musim sejuk,so memang best lepak kat taman sambil makan,sambil menyoal berat badan terkini masing masing,sambil meneka neka siapakah di antara kitorang yang paling awal akan dinobatkan sebagai isteri muda.


Last but not least,selamat hari raya aidil adha buat semua family saya yang berada di Malaysia.

12 comments:

aliesha kirana said...

ni ade komen ni. jgn lupa blogging pasni. keh3.

sonoknye tgk!!!
ok tingin nk rasa daging untaaaa! bak sikitt!

zida said...

jangan nak 'busuk2' sangat la weyyyy hahhaha :PP

Qu azniza ;) said...

semakin chomel heheh

nabilah_2908 said...

haha..org kecik macam awak..ada ke yg tanya berapa berat badan naik..? hehe... :)

kiranya bila time raya aidilfirti pun semua akan berkumpul macam ni la yer...?

seronok juga tu...sedikit sebanyk..terubat juga rindu kt org2 Malaysia... :)

oh..moga berjaya la dalam permohonan loan JPA/MARA tu... :)

Shazrizal Shahmy said...

jap3...akak semakin comel,bila lg nak kawin..

PENCONTENG said...

bahagia kau kat sana ya. aku tumpang gembira lah.patutlah tak nak masuk uia keh keh keh

♫•♦NuHaBa♦•♫ said...

waa...mesti best beraya kat sana... btw , nice shawl..hehe

syahira ariff said...

aliesha kirana: eh rindu awaklaaa!!hehehe aliesha,awak mmg best.awk x lupakan sy.awk org first yg komen.mmg smgt ah nk blogging next time. :) thanx honey

zida: heiii budak jpa busukkk!!!haha wa x puas hati sama luu

qu azniza: ahahaha segannyaa..ohoiii~*melayang layang

nabilah : hee kecik ker?i hope boleh maintain 44kg walaupun impossible winter ni berat x naik.yupp.bila aidilfitri semua berkumpul di umah negeri masing2,siap ada persembahan dan lgu raya dr pelajar.tgk slide show,bakar sate..gotong royong buat kuih raya.agak best.

shahrizal shahmy: ambooii shahrizal..soalan awak!haha akak tunggu org masuk meminang la.akak sokong kawen muda.huehuehue

penconteng : hehehe kdg2 aku jeles jgk dgn budak UIA.yer la kan dorang bley jumpa mak ayah setiap kali cuti pnjg.bleyh lepak kt midvalley..pegi tgk wyg.tp kt mesir pun,ada sumting yg best jgk.

nuhaba: mmg best pun honey!jomla dtg mesir.alami sendiri.huhuhu.percaya tak shawl satin ni harga dia rm8 jer?

HEROICzero said...

okay , tahun ni dah update . boleh tunggu sampai tahun depan pulak baru update . hahahahahahha~


=D

ain fathihah said...

hehe. teringinnya nak try daging unta

syahira ariff said...

heroiczero : hahaha pedas betul ayat kau ni..kau tgkla pasni.setiap hari,spuluh entri aku update tau! :P

ain fathihah: suruh asada ryutaro import. :D

PinQib said...

siyes lama gile x nengok mu update =)

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails