Thursday, January 27, 2011

RUSUHAN DI CAIRO MENJELANG EXAM ANATOMY


Pagi tadi sebelum aku menghadapi exam last sebelum cuti panjang bermula,aku melihat notis dari kawan di facebook, “Assalamualaikum wbt..kawan2 seperjuangan..makluman penting,nanti nak keluar exam jangan lupa bawak PASSPORT anda yea..rusuhan kian merebak..doakan mga selamat semuanya..Allahumma ameenn!!”

Rusuhan apa plak ni?terus aku google berita hot yang baru je berlaku.Oh rupa rupanya semalam ada rusuhan besauu menentang kerajaan dan presiden Mubarak haah teruk jugalah rusuhan tu,penduduk yang merusuh membaling batu,polis pula membalas menggunakan gas pemedih mata,menembak menggunakan senapang peluru getah hingga mengakibatkan 3 orang mati dan beratus yang cedera.sekian laporan dari Syahira Ariff untuk tv3.

Maka dalam keadaan Cairo ribut begitu boleh tak aku nak buat alasan paper anatomi aku terjejas? Bagi aku,subjek anatomi lah yang paling dibenci dan paling banyak songeh kena hafal.Anatomi ni subjek subjek tentang organ organ dalam badan,urat darah la,sehinggakan perjalanan urat yang sekecik kecik tu kau kena hafal.Masa study untuk exam anatomi tu,aku rasa lebih rela jadi professor subjek Bahasa Malaysia Klasik tahap P.H.D.

Mari aku ceritakan apa yang berlaku semasa preparation untuk exam ni :

1.Hujan ais batu


Ni memang first time aku tengok hujan ais batu dalam hidup aku.hujan ni turun kejap je dalam bentuk ketul ketul ais,kalau korang tadah hujan tu dengan tangan maka korang akan dapat butir butir aiskrim vanilla yang takde rasa.

2.Buku medik yang tebal dan bertimbun kena hadam dengan otak


Hah ni baru sikit je ni buku,tak tunjuk lagi yang subjek histology lagi,anatomi lagi,memang pedih pedih jugak otak aku nak hafal semua ni (campur plak dengan tak berapa nak minat) patotla orang kata belajar medic ni payah,sebenarnya bukan payah pun,tapi yang payahnya ialah part HAFAL tu tersangatla banyak ibarat kau kena hafal peta bercabang seluruh Rusia siap dengan jalan jalan shortcut kecik dari Rusia tu untuk kau pergi ke rumah aku di Kota Bharu.

3.Kemalasan masak ketika exam
Ni kalau ada yang berminat nak buat stok stok isteri boleh lagi ni sebab kami ni malas HANYA ketika exam jer.Waktu lain dijamin kami rajin jer nak masak.Time exam semua macam nak selfish, konon konon tak nak masakla takut makan masa nak studylah, nanti rugi masa nak ulangkajilah padahal masa nak berfacebook sempat jer.So penyelesaiannya tak lain tak bukan ialah hello hello mak sikit buat muka kesian depan Skype pastu mintak elaun lebih sikit time time exam ni,so makan delivery lah kau.


 Sekali ni jer aku buat kfc delivery tau selepas tiap tiap hari makan megi.(*sebak)


Winter break dah bermula,memandangkan aku tak bersiar kat mana mana cuti ni, so aku rasa nak aktif berblogging baliklah sepanjang cuti panjang 2 minggu ni.rindu sangat kat dia ni haa,dan jugak kawan kawan blogger yang bertanya khabar aku samaada di shoutbox,dan juga di facebook.



Suhu sekarang 8 C sangat sejuuukkk maka selepas habis exam, mulalah kami berhibernasi seperti beruang kutub dalam selimut besar cuba kau kira berapa orang dalam selimut ni.

*sajer je nak tahu : agak agak korang best ker hidup pelajar medik?

54 comments:

zida said...

tadi aku lalu tahrir kat sungai nil. pehhhh ramai gila polis macam FRU ISA tuhhh. pastu orang ramai2 nak start buat rusuhan. seyes gila seram! kalau xde semangat nak kuar and xde benda2 penting xyah la kua wehhh hahaa

syahira ariff said...

zida : hahaha kau memang suka keluar time ribut ribut macam ni.tak takut ker?aku tak berani nak keluar sbb visa aku dah tamat tempoh,lupa nak renew.phewww

aku mahu jadi tibb said...

hak3..bagusnya duduk dlm saratoga la..aman dan damai..aku baca harian on9 katanya 15 000 org berdemo...bapak ramai..aku nk tgk gak camne diorang berdemo tp takut gak kalo terlebih ekstrem..

ardinihumaira said...

Goodluck dear!
;)


take care

syahira ariff said...

nunu: jgn kau berani,tak pasai2 ang kena bedil ngan snpang getah nnti.bahaya

dini : thanx akk =)

Faizal n Fashitah said...

Hmm biasa la tu. Mubarak dah lama sangat memerintah. Memang ramai Egyptian tak suka dia, cronyism. Uishh ramainye kat dalam selimut tu ekekeke. Anyway, wish u luck for your exams k! and hati2 kat sana tau! XD

Zulaikha Mokhtar said...

lama shahira tak update. igt dah benti blogging :(

meh nak jawab. belajar medic x best. engineering ag best!hidup bdak engine!!hahhahahah

bunga said...

good luck..

Diyana said...

salam ukhuwah...=) bestnye blajar kt mesir..=) doakan trbaik di sana..=)

YanaMIB said...

uish rusuhan tu bahyenye..hati² taw syahira...mesti riso famili yu kt cni..hehh~

hep bab exam tu pn risokn famili jugakkkkkk..ish ish ish..babap tau la =P

syahira ariff said...

faizal n fashitah : mmg pun.dgr kata mubarak ni dah dipengaruhi amerika sket.sbb tu egyptian x suka dia

zulaikha mokhtar : hihi.ada lgi sis,cuma bz je sket.mmg pon,blaja medik sgtla menyeksakn.nk keje pun seksa.tp pahala insyaAllah byk.ameeen

bunga : thanx dear =)

diyana : ameeeen .Awk pun sama

yanamib : mmg pun,awl2 pagi lgi mk dah antar msj kt fb suh hati2 ttg rusuhan ni.

hamba Allah_ said...

hye!!whooaaa... lma x update blog kan? huhu ana un x renew paspot lg...jd takut gak nk kuar g mana2. dah tu korg exam dh hbs then bleh enjoy... kitaorg ni examy lepas cuti... adess... btw, nk jemput orang cairo g tengok basketball game dr sluruh muhafazah tib alex, tanta, mansurah, cairo, zagazig. dorang main sabtu ni. ada grand opening n bazar malaysian food... agak2 rindu nk makan mcm2 tu dtg lah ek... 29hb. pagi sampai petang....

Nurul Aziz said...

take care kat sana dear..btw setuju dgn zulaikha mokhtar..hidup pelajar medic tak best..hidup pelajar engine jugak yg best..hahaha..

hamba Allah_ said...

btw,lupa nk gtau...ekeke memg akan turun cairo gak coz 10 hb masa krnival perubatan kelas ana wat pameran diabetes... jgan lupa singgah ya!! pastu nk tgok maarod kutub lg...... jumpa kt cairo!!

Tina Farhana said...

menakutkan la rusuhan tu. serious. awak hati2 tau kat sana. good luck exam! akak pun last exam arini. ish x sabar nak cuti. hehe

Lizzie Yasmin said...

wah penat nya tgk bdk medic nie... dulu salu jeles ngan budak medic.. hari nie aku dah tak jeles dah.. hahaha... Rasanya ada 5 orang kot dlm itu selimut daa...

Farah said...

Akhirnya , update juga . Semoga selamat di sana ye :)

makdara TERdiva said...

berhibenasi memang best tp jgn jd beruang kutub sudah! besar tuh! ekekeke!

F.I.C.K.R.Y said...

Welcome back for blogging Syahira!!! Rindu ngan writing ko. Sempoi tapi lawak mendalam.

Wahh! Lama arr tak nampak hujan ais batu kat Malaysia. Dulu tyme kecik² jer ader. Sekarang cam takder harapan dah~

Bab makan kentaki tu, korang memang untung sebab restoran francais sana dijamin halalan toyyiba~ So, makan pon rileks jer..

Kat sini paham² jer la status kehalalannya...

Last sekali, hidup budak medic ni memang kaw-kaw hebat dari budak yang amik linguistik hahahaaa...

加油!加油!

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Assalamualaikum dik:)
Rindunye nak bce blog nih..hee~
Selamat update post bru,dpt juge update psal syira.
Kite pun xgi mana2 sgt cuti ni..tapi 2-3 haribulan kite gi cairo!:)
yg program WEB tu,tau x?jom la join~hehe
TAKE A GOOD CARE OF YOURSELF OK?
Semoge dilindungi Alla selalu:)

maiMOONyet said...

pehhh! suhu air con 16c pon aku dah tak tahan. ni kn pula 8c. dem! hahahaa. sian awek aku ni kesejukan dekat sana. kejap lagi aku hantar beruang kutub utara. :P

syahira ariff said...

hamba Allah :eh samalah kita.tasdiq universiti pun takleh lagi,so sy mmg tak dpt perbaharui visa.bazar grand opening tu wat kat mana? kita jumpa kt maarod yer. =)

nurul aziz : ciisss!hahaha ni mesti amek engine kan?

tina farhana : kat area akak takde rusuhan kan?mmg seram pun.first time tgk kt negara org.

echah mashuri said...

cehh..sempat lagi nak mendelivery sbb dah final?xde2..masak jelah wehh..kekkee

gud luck exam.jgn duk usha pakwe arab g k.hahhaha

Akif Mazlan said...

medik best laa, sbb awk amek medik! pupuk minat kepada medik dan bergembiralah belajarnya. btw, engine pon best gopp. mugo sy amek engine. hahha. mudah lagi dr medik sbb x kene hafal byk sgt. byk guna komputer. jeles doh tuh! hahaha

btw, bkpo gmba dlm selimut dibulat2kan? 4 orang satu selimut? yekk, lesbo? ghahaha

syahira ariff said...

lizzie yasmin : mmg mnderita pun,blaja penat+exam tension+kerja pun penat.seluruh hidup tseksa.haha

farah : farah cumam! thanx sayang =)

makdara terdiva: hahaha beruang kutub comel per

fickry : hakhak thanx bro,slalu bgi kata2 smgt nk blogging. \(^__^)/ thanx~!
alahai kesiannya, untung jgk duk kt negara islam ni,,mknn halal boleh tahan nk pilih.dulu masa kecik2,slalu tgk kt tb,kat beijing dia bubuh katak kan dkt restoran.ngeee~hati2.*err apa mksud tulisan cina tu?translate please...=p

nauratul nadiah : wslm akk,hee.uni azhar pyh nk dpt cuti.so sgt payah nk update blog. WEB? program PWTC tu tahula..hehe

maimooooon: tak nak beruang kutub utara.nak ayam MC Donald.kat sini mc donald dia takde ayam.nmpknya musim2 sejuk ni kena kumpul lemak konon konon sbgai pemanas badan.haha

syahira ariff said...

echah mahsuri : alaa kak echah ni,,masa ni la nk manja manja mintak duit lebih ngan mak,konon konon bz nk exam.peluang keemasan ni!
hahaha,kalau sy tolong adjust pakwe arab utk kak echah?

akif : sbnrnya sy jeles sgt masa awk kena buat web tu,kena buat software,fulamak gila best subjek mcm tu.awk kn tau sy x minat hafal2 ni.
perempuan2 dlm selimut tu semuanya lesbian,takpe,kat sini takde pegawai nk tangkap.

HonEyBuNNy said...

fuhhhh...busynya Kusya....kecian dia...mcm2 cubaan eh...xpa..belajar la rajin2 eh..u can do it....kalau ila agaknya amik medik da meroyan sasau dah...hehehhe....good luck..;_)

Encik Tikus said...

weyh hati hati doe.. btw kau comel.. kahkah xD

nabilah_2908 said...

tiba2 terasa sakit otak bil abaca bab2 study...hafal menghafal ni..huhuhu...

budak2 medic..kena berjiwa kental... xpe la..susah2 dulu... ;)

take care dear...moga semuanya selamat di sana.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SAKIT GIGI

Songo said...

belajar medic fun sbb baru la kita tahu bnda yang susah ni dapat dicipta dengan mudah oleh ALLAH xD

Qu azniza ;) said...

amboi best nya. susah ek jadi pelajar medik.. tapi syahira bole pnya. rajin2 setadi la ea.. t balik malaysia bawak balik oti banyak2 hehehe...
harap3 sehat selalu la, jauh dengan benda2 x elok tu... bahaya tengok rusuhan cm tu,,jg diri bek2. rindu .update selalu. winkwink

Umie Nadhirah said...

syahiraaaaaaaa..rindu dohhhhh..huhuhuhhuhuuh.

Umie Nadhirah said...

hati2 musim sejuk main ais tu baling kat umie yee.

Ery Farieha said...

hokhok
pengalaman semua tu :)
untung korang.

Anonymous said...

coss ;p

Anonymous said...

cohhhhhhh ;p

JULYA said...

hye dr wannabe
hehe
assalamualaikum sis
lame gilak x bace sis nye update
hurm..bese tgk kt berita je rusuhan 2 kan
jg diri bebaik k sis
n happy chinese new year
tibe2

hamba Allah_ said...

meh la dtg... bazar tu around area tmpat tinggal plajar m'sia jgak... dkat dgan basketball court tempat opening jgak. tnya kat madihah hehe nt lau dtg sound2 lah ye..agak ad rzki bleh jmpa..ekeke.. maarod kutub tu still on gak kan wpun ad rusuhan?

HEROICzero said...

eh eh ade updateee~ haha! betul2, tadi ade denga radio, dua org dah mati. masuk 3 da eh? uish!

gud luck exam!

take care~ =)

Fiq Vertigo said...

eh eh majdina tu kawan aok ke? hey ho!

Peminat Katie Holmes said...

gud luck .
Sernok tgk hidup di negara orang.

nas said...

huhu.. baru aku teringat yg ko ader dok belajar kat mesir...
hu3
mmg banyak cabaran dok kat luar
ade rusuhan..
harap2 korang stay selamat :)

latest entri:

1 hari 5 peristiwa; terakhir aku melakonkan watak 'mak' dan aku accident!

missgee said...

Hidup yang penuh
pengalaman bukan???
mesti seronok..

P/s: Belajar rajin2 okeh (^.^)

amalina sahaja said...

awaakkk. jaga diri okehhh.

bittaufiq (:

TUKANG KATA said...

bersabar adik oit. jadi pelajar undang-undang pun tak best.
gua faham perasaan luu :D

LadyBird said...

wa.. bestnye.. mcm2 pengalaman dapat kat sana kan.. :)..

ape2pun akka doakan semoga adik berjaya harunginya dengan jaya, dan jadi seorang dr yang bagus..bukan seorang dr yg asyik nak bagi ubat jerk.. :P kih3x..

p/s : bestnye tido dalam selimut beramai2 tu.. :)..

~ NANA ~ said...

just take care of urself dear :)

aliesha kirana said...

dah lama xjengah sini..hati2 yg syahira..risau pulak keadaan semua kt cna.. AK doakan semuanya selamat eh.. hati2 tau!

Encik Psychopath said...

hujan ais batu tak ke sakit kene kepala.

najwaMazlan said...

sis.
take care of yourself.
abe akif oyt ada student malaysia kena rompak+rogol.
take care2

Qu azniza ;) said...

awak ok ke?? risau dgr keadaan kat sana..jaga diri ya. balik cepat2 kalau perlu!!!!!!!dengar xxx!!!!

echah mashuri said...

syahira!!!cmen khabar kamu kat sane..cepat2 balik kb nihh...hope semua tak dop gapo2 deh.T__T

cik @ien said...

budak medic memang berjiwa kental! ya dak? hehe..


praying for you dear.. May Allah bless you~ amiin... take care!

Cik Nurul Idayu said...

hahaha,entri yg besh!
jenguk2 la blog saye ea.tq

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails