*(Entri ni ditulis 2 hari lepas,sekarang internet baru dapat,so aku baru dapat publish.)
*rusuhan beramai ramai di Tahrir
di kawasan Hayyu Asyir,15 minit dari rumah aku di sini,aku terdengar berita tentang geng Haromi (kaum banduan jahat yang terlepas dari penjara ekoran dari pembakaran balai polis) telah mengambil kesempatan untuk memecah masuk dan merompak beberapa rumah penduduk.jadi kami dinasihati JANGAN SESEKALI MEMBUKA PINTU JIKALAU ADA YANG MENGETUK PINTU takut takut ia adalah geng Haromi.lebih buat saraf sympathetic aku terangsang,beberapa rumah berdekatan rumah kami telah dicerobohi perompak.oh Tuhan,aku dan kawan kawan sangat takut.ya Allah kami tak pernah menghadapi kejadian sebegini di Malaysia.(tiba tiba ghase nak terbang Malaysia,sooobbbss)
Kes 1 :
Sorang pelajar perempuan(orang Egyptian) kat university aku telah mati ditembak kerana tak sengaja terlintas kawasan rusuhan.beliau antara 50 yang terkorban ketika hari kedua rusuhan.sebab tu mak aku pesan jangan nak berani keluar rumah waktu genting ni.
Kes 2 :
Beberapa orang pelajar Mara yang menaiki keretapi untuk pulang ke Iskandariyah telah tersekat dalam perjalanan pulang ke tempat mereka.perjalanan itu tersekat kerana beberapa batang landasan keretapi telah dimusnahkan oleh pemberontak ekstrem!
Kes 3 :
Kawan aku Melly di Iskandariyah menelefon,di sekitar bangunan mereka telah dikepung oleh beberapa kereta kebal.that’s mean kawalan keselamatan semakin dipertingkatkan.
Kes 4 :
Mesir telah diisytihar darurat jadi kami semua telah menyerbu ke kedai untuk membeli stok makanan yang banyak.Ketika perjalanan ke kedai,jalan raya kat kawasan rumah aku dah berubah,sekatan jalan raya berlaku di mana mana.kalau tengok kat TV pulak,kat Tahrir (kawasan yang lebih bahaya) banyak berlaku kemusnahan kedai kedai.
Semasa aku ngan roommates pulang dari rumah kawan kami untuk mengambil stok movie dalam hard disk buat tontonan menghilangkan bosan berkurung di rumah,dalam perjalanan pulang,di kedai kedai kami dapat lihat pembeli yang luar biasa ramainya,mesin ATM pulak dipenuhi oleh orang yang beratur panjang,semua ingin keluarkan duit, *kesian sorang ustaz melayu ni kena tindas without respect kat orang arab masa tengah beratur (maklumla ni Negara diorang kan,bukan Negara kita punya ).
Malam kian menghampiri,selepas sembahyang Maghrib rusuhan telah bermula!aku dan kawan kawan dapat dengar bunyi bising kat luar bangunan kami,nampak penduduk arab yang ekstrem mengangkat parang dan kayu beramai ramai berkejar ke satu tempat.
ah,malam ini sekali lagi tidur dihiasi dengan bunyi tembakan yang menyeramkan.
Ya Allah,mohon lindungi keselamatan kami,kami pohon doa doa dari ibubapa dan keluarga kami di Malaysia.Ameen
*jawabnya winter break ni berkurung jer la kat dalam rumah.nak buat apa ye dalam rumah selain tengok movie,makan,tido?
31 comments:
jaga diri lelok. kalu nak kluar ajk member.
smayang ajat sokmo
kenapa macam seram jea bila baca,.. arghhh
bukan student kaherah dah evacuate ke? mansoura last sekali betul?
jage dirii.~!
take care!kami di sini sentiasa mendoakan semua di sana :)
harap2 dpt balik ke msia. kan3? hee
ni laa peluang terbaik. hee
oh, hati-hati..
harap korang semua selamat dkt sana :)
salam ziarah.
syirah, ni sangat menakutkan!!!
hati2 ye kat sana.
lega sikit dgr brita nih.mase nilah boleh tgk movie bnyk2.ehhehe.jaga diri k!bila lak turn kamu balik naik kreta kebal or kapal selam ke mlysia ni?bukan ke dgr kate pljr mesir akn dipindahkan ke?
lah.pak arab duk gaduh-gaduh.cancel nak suh syhira carikan sorg..;p
semoga anda dilindungi Allah, keluarga saya juga sedang bersedih dan risau sebab salah seorang saudara kami sedang berada di Mesir. harap dia dapat pulang dengan selamat. Insyallah.
jaga diri elok2 kat sana..kitorang mampu doa dari jauh je..
Jaga diri..jaga iman..
semoga Allah pelihara antum sume kat sini..
Kami kat sini..sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu....
Hidup dgn baik!!
ya Allah risaunye akak bc entri ni dik..jage diri elok2 ye..kami kat Malaysia ni akan terus mendoakan keselamatan adik2 semua kt sana..amin..
Semoga selamat kat sana ! :)
cik tengku!!!!jage diri baek2...risau nye keadaan kat sane..seram pon ade..jgn nanges2 tau..hehe
Ya Allah kesiannya dekat akak,
jaga diri baik2 tauu.
pengalaman yg mungkin korang takkan lupa sampai bila2
ktorg kat sini doakan semua kat sana selamat, insyaAllah
:)
Ira, awak tak kena evacuate lagi ke? akak dengar students cairo dah dipindahkan ke jeddah. then from jeddah to malaysia.
Jaga diri elok2 Ira, Inshaallah tak lama lagi semua pelajar akan di evacuate. Kami sini sentiasa doakan semoga selamat hendaknya..
jaga diri baik2..
kami takkan putus berdoa..
semoga semuanya segera berakhir, dan dapat meneruskan hidup sperti biasa..hati2
take care syahira :)
yes.bila tgk news terigat kat awk...take care..kami doakn awk selamat di sana...amin
semoga anda dan sekalian umat di sana selamat
take care...
Semoga sumanyer selamat..
Jaga diri baik2..
jga dri bek2 k..
jaga diri baik2. insyaAllah kami kat cni sentiasa mendoakan semua yang kat sana. aminnn...
awak
seram sejok sy baca entry ni awak
sy harap awak selamat bersama kawan3 awak disana.
insyaallah
allah bersama mu,.
take care
salam sayang, saudara seislam kelantan ><
Ya Allah...menakutkan...
jaga diri baik2 yer..moga2 kamu selamat di sana...
jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD
semoga ALLAH sentiasa menjaga kamo dan rakan2.. amiin..
take care!
cik ira~
dorang angkat parang sbb nk dorang tu JKKK la~
nk jg kslmtn kwsn skliling pasai da ramai bnduan kuar...
huhu~
bkn nk wat rusuhan..
*juz nk betulkn fakta~
Post a Comment