Sunday, August 1, 2010

PERASAAN MEMANDIKAN JENAZAH


Sudah agak lama jugak aku tidak update blog yer? Sebenarnya dalam tempoh beberapa hari ini, aku masih dikejutkan dengan kematian berturutan dua anggota keluarga aku.

Kematian mengejut melibatkan seorang ibu saudara aku yang comel berusia 48 tahun akibat serangan jantung dan keesokannya dituruti pula oleh datuk saudara aku yang berusia 70 tahun akibat kanser.

Untuk kematian mak saudaraku ini,aku telah mendapat pengalaman yang cukup cukup berharga dalam hidupku kerana buat kali pertamanya aku menawarkan diri untuk terlibat dalam proses pemandian jenazah.

Ceritanya begini, walaupun aku agak gementar ketika jasad sejuk arwah dijatuhkan di atas riba aku, (padan muka aku pandai pandai tawarkan diri sangat) , aku menguatkan diri kerana memikirkan ini adalah jasa terakhir aku buat arwah Mak Su Yah. Dengan hati hati aku menggosok jasad arwah dengan sabun dan air dara,selepas tu menggunakan cotton bud aku mencuci bahagian di dalam kuku arwah sehingga bersih.

Setelah jenazah siap dimandikan, rupa rupanya mengikut adat kampung, betis para pemandi jenazah perlu dipijak dengan arang untuk mengurangkan rasa lenguh ketika meriba mayat.Maka, aku bersama 4 orang mak cik telah dipijak dengan ditabur serbuk arang.Pergghhh,memang menjadi la kaedah tu, kaki aku terus rasa selesa dan tidak serban ! Cuba lah!

Apa yang menarik ketika kematian datuk saudaraku keesokannya, aku mendengar ibu aku bercakap dengan orang kampung bahawa jasad jenazah adalah lembik.tahu apa maksudnya?

Menurut kata orang orang tua,jikalau jasad jenazah adalah lembik, kemungkinan akan berlaku lagi kematian di kalangan ahli keluarga! Wallahua'lam. Sebenarnya, tak boleh percaya sangat dengan pepatah orang orang tua tapi dibolehkan sekadar menjadi peringatan kepada KITA yang masih hidup.

Sesungguhnya mati tidak mengenal usia..

*gambar ihsan google

Al Fatihah kepada Mak Su Yah yang meminati cerita Gerak Khas dan juga al fatihah kepada Ayah Man.Semoga kalian tenang bersemadi di sana.

39 comments:

SFarhana said...

salam takziah..

mak_ngoh_selamoh said...

takziah...makngoh pun pernah alami pemergian 2 orang tersayang dalam maasa yg singkat. mula2 nenek, kemudian 2 minggu pastu adik bongsu makngoh. itu peristiwa 4 tahun dulu...kami redha

MiMiEy :) said...

salam takziah :)

Aduka said...

takziah..

'kaki aku terus rasa selesa dan tidak serban'

serban???

kebas lbh sesuai kot..

mrnoble said...

salam takziah. al-fatihah..

ardinihumaira said...

takziah untuk kamu, dear.. moga mereka aman dan dirahmati Allah..

aien said...

salam takziah..



bagus la kalau ada pengalaman memandikan jenazah.. leh dgunakan pada masa akan datang..

missgee said...

Al-Fatihah..

Salam Takziah..

faizalnizam said...

takziah Syahira. hidup mati memang ketentuan Illahi. jgn bersedih, kuatkan hati.

hamzah ian said...

takziah..

Fitrah Adnan said...

takziah buat awk...semoga roh mereka di smping org yang beriman...

Phantom said...

salam takziah

Phantom said...

salam takziah

Fuz said...

salam takziah.
semoga roh mereka dicucuri rahmat.

penah mandikan jenazah ayah sedara.
terasa takut dengan ajal.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

takziah..



gua tatau bila akan dimandikan jenazah..

eik`S noName said...

salam takziah dari esyad Al-Fatihah...

bagus la dah ada pengalaman memandikan jenazah...mmg susah nak dpt pengalaman tu...bagus2...

MOFASAD said...

takziah di ucapkan

oranglidi said...

bgus la ada pngalaman..

john bert said...

al fatihah.

takziah. aku belum lagi ada pengalaman dapat mandikan jenazah betul2. mandikan rakan yg dipaksa maenkan watak jenazah penah la.

fndrocka said...

tinggi nilai pengalaman tu

madihahzubir said...

pernah juga rasa mandikan jenazah. sebak betul tp tahan je.

ainz said...

takziah dan al-fatihah..

tahniah buat kamu..ade tergerak ht kamu tlg mguruskan jenazah..satu tugas yg murni..semoga ank2 muda zmn skrg mengikut jejak lgkah kamu..

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

takziah ya dik

onniey84 said...

takziah...semoga roh ditempat dikalangan org yg beriman

yanamib said...

Innalillah..takziah dik..

sis pn pernah ada pengalaman sekali mandikn jenazah arwah nenek sis...tp xde la plak bab pijak² tu..hehe..cuma sis mandi sunat jenazah je lepas tu takut badi ke apa kn...

yelah bila ada kematian dah tentu setan suka dtg dekat...so kena ada langkah berjaga²...=)

nabilah_2908 said...

Takziah yer...Al-fatihah buat kedua2 arwah..

hmm...pengalamn yg cukup berharga...dulu pernh ikuti kursus pengurusan jenazah jer...tp tk pernh buat betul2.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
BUSY MONDAY

cik helena said...

alfatihah~


sedih pula..

rindukan kamu!hehe baru buat comeback!

Anonymous said...

takziah.











dulu aku pun nak mandikan jenazah arwah mak sedara aku, tapi tak boleh sebab masa tu aku kotor. :(

enyheartsdiamond said...

huhuhu.. belum ada pengalaman menyaksikannya :(

shameel Iskandar said...

salam takziah saya ucapkan. sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai mati.

Pengalaman menguruskan jenazah termasuklah memandikan jenazah amatlah bermakna. setidak2nya ia mengingatkan kita satu detik nanti yg entah bila dan di mana, kita jua akan dijemput.

Balqish said...

takziah, syira.
yg mati itu mengingatkan kita pada dunia hanya persinggahan.

edaolala said...

pengalaman yang i tak pernah rasa.. btw, takziah i ucapkan.

ardinihumaira said...

Tahniah!


Anda Telah Memenangi Cabutan Bertuah Untuk Giveaway 3 Jam Sahaja #4. sila mengendap ke blog dni sekarang juga. temkyu :D hehe

Berd said...

takziah.




wa insaf.

911 said...

salam takziah

Mr. Asada said...

salam takziah..

semoga arwah tergolong dalam golongan orang yg beriman.. =)

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


Salam kunjungan salam ziarah….
Perjalanan masih jauh
Kemanisan menunggu ayuh
Masih penuh kesukaran
Namun yakin berkumpulan
Membangkitkan semangat tujuan
Mewarnakan kemanisan
Demi kemanusiaan

Takziah.... harap bersabar ye...
Ya Ilahi
merendah pada-Nya
harus tunduk percaya
ketetapan Maha Suci
sentiasa kekal abadi
ketahuilah diri
dia telah pergi
walau aku masih di sini

Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

AngahSayang2314 said...

al fatihah buat si mati & takziah buat keluarga syahira

ozzy said...

salam takziah..al-fatihah
Petua org tua2 kdg2 berguna juga walaupun x penah dengar pasal arang tu.

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails