*gambar terbaru sempena pilihanraya Mesir November 2011
- dicuri dari facebook kawan Mesir,
Mahmoud Soubhy.budak lelaki tahun 5 medik.kredit untuk beliau.
Hari ni kelas kami habis awal.Apa yang terjadi?
*semua orang bersorak sebab otak dah tepu,jenuh kot belajar 7 jam tanpa rehat,nak semayang pun kena pandai pandai curi masa.
Pelik.kenapa hari ni kelas habis awal?
rupanya dapat mesej dari pegawai Malaysia yang hari ni telah bermulanya perintah berkurung di Kaherah.
Katanya orang Arab dah mula berhimpun ramai ramai dekat jalan dan sekitar area Masjid Nur so kami kami yang inesen ni kena la cepat cepat balik.
Kawan kawan aku yang tinggal di area Abasiyyah (*kawasan yang berdekatan dengan Tahrir Square)diarahkan pulang ke rumah dengan segera atas sebab sebab keselamatan.nasib baiklah aku tinggal di Hayyu Sabik yang jauh la jugak dari Tahrir tu.ppfffttt*(20 minit Tahrir dari sini.)so sempat lah jugak tu nak meronggeng kat Metro Market untuk draw duit dari bank HSBC padahal perintah berkurung da keluar.
Pemandangan petang tadi yang aku lihat dalam perjalanan pulang ke rumah,di kala perintah berkurung bermula,warga Arab dan warga asing mulalah sebuk sebuk bersesak memenuhi mesin ATM yang dulunya kosong dan hanya digunakan oleh kami jer.yerla,kalau perintah berkurung dah dikeluarkan,mesti la setiap orang nak penuhkan stok makanan,nak beli barang barang keperluan sebelum apa apa berlaku.
Andaikata pilihanraya menjadi tak terkawal atau kedai kedai terbakar musnah macam rusuhan dulu *naudzubillah,jadi banyaklah kedai dan market akan tutup.so kenalah penuhkan stok makanan mulai sekarang dan kumpulkan duit simpanan yang ada,sekurang kurangnya untuk tempoh 2 bulan,pesan ustaz yang memberi pekeliling keselamatan kepada kami.
Di kesempatan ini juga,saya ingin berpesan kepada ibubapa saya yang membaca blog saya ini bahawa saya selamat jer kat sini,jangan bimbang tau Umi dan Ku,di Hayyu Sabik setakat ni keadaan okla setakat petang ni dan tak worst macam Tahrir Square.Memang ada dengar dengar cerita jugak orang arab dah nak start berhimpun kat area kami ni,tapi jangan bimbangla,kalau diorang nak buat macam tu pun,kat sini kami dijaga dengan begitu baik oleh organisasi pelajar Malaysia yang senior senior dan otai kat sini.Saya sangat bahagia berada di samping mereka~heww hew hew..hari ni makan pun banyak umi.siap tambah tambah lagi makan nasi tom yam,ada lauk ayam dan ikan goreng pulak tu,selera betul!
Dan juga, sekarang ni banyak update pasal mesir dari akhbar akhbar tempatan,banyak betul tau akhbar cakap pasal Mesir ni makin dasyhat la,makin menakutkan la..umm..saya tak menafikan khabar mereka itu,tapi ada sesetengah berita yang hanya propa jer lebih.oh ibu ibu sekalian,jangan cepat percaya bulat bulat khabar angin tu,mereka hanya hiperbola.sila tanya kami sendiri pasal sebarang update di Mesir ok.
Saya juga ingin berpesan kepada warga Arab Mesir sekalian,nak merusuh pun merusuh lah,tapi janganlah pulak korang memutuskan bekalan internet yer.Itu satu tindakan tidak berperikemanusiaan ok,kerana saya memang tak boleh hidup tanpa facebook dan twitter.kesian mak saya,nak skype tanya khabar saya pun susah!
Anyway meh aku bongkarkan rahsia yang tersirat dalam hati kami,actually,kebanyakan pelajar pelajar Malaysia tengah gembira sebenarnya sebab dapat cuti dari universiti sempena pilihanraya di Mesir minggu depan.kahkahkah.
Dan paling penting,aku harap benda benda ni semua tak disturb pelajaran aku.well aku harap sangat dapat graduate menjadi doktor dalam baki tempoh 5 tahun jer lagi supaya umur aku tak lanjut dan juga dapat kawen awal.Kamon la orang Mesir,chill ok.jangan ekstrem sangat.
*wacchhhaaaaaa!!rasakan penampar berduri ini
sila like jika nak share berita ni.