Thursday, August 11, 2011
RAHSIA MENGEJUTKAN TENTANG APA YANG PEREMPUAN FIKIR SEBENARNYA KEPADA LELAKI
Hari ni tak nak berlengah lagi,mari aku dedahkan rahsia mengejutkan perasaan segelintir perempuan kepada lelaki ketika zaman kecik kecik,aku maksudkan zaman kecik kecik tu macam umur tadika ker,sekola rendah ker,dan tahun tahun awal sekolah menengah.
Ok,mula mula aku ingat aku sorang jer rasa sindrom teruk ni time kecik kecik, tapi bila bermula sesi pecah rahsia bersama adik dan kawan kawan perempuan, barulah terbongkar,rupanya diorang pun menghidapi sindrom yang sama ketika kecil.
Nak tau sindrom apa?
Sindrom Syok-Sendiri-Ada-Orang-Nak-Kat-Kitewww.
Ahh, suka hatilah bagi kaum Adam jika terbaca entri ni korang rasa nak menyampah ker,nak mengeji ker,nak kata kuat perasan ker nak termuntah whatever yang penting sekarang ni syndrom ni dah takde dah.Zaman kecik kecik jer,zaman fikiran kitorang masih suci,zaman fikiran masih bodoh dan agak tak matured lagi.Tapi sumpah lah,bila aku fikirkan balik pasal sindrom ni aku rasa nak tergelak sorang sorang sebab ia kadang kadang melangkaui batasan logik.
Mari aku ceritakan pengalaman aku,adik perempuan aku dan pengalaman kawan kawan yang telah diselidiki:
(oh hehe kepada kawan kawan yang terasa sebab aku cerita ni jangan pulak berdendam dengan aku k.aku tak rela ditumbuk sebab bongkar benda ni kat orang ramai)
SITUASI PERTAMA :
seorang budak perempuan darjah 4,Nani, yang muka agak comel la jugak baru menerima cikgu praktikal lelaki di sekolahnya.Cikgu Mazlan mengajar Sains,agak muda dan hensem orangnya.Kelebihan cikgu ni ialah dia minat sangat dengan budak.
Segalanya berjalan lancar bila suatu hari,cikgu Mazlan menegur Nani ketika Nani sedang menyiapkan latihan-sila-warnakan-hidupan-yang-tinggal di-dalam-air,ketika itu loceng rehat telah pun berbunyi.Kebetulan pulak Nani ni pelajar pintar dan popular di kelasnya.so,agak menjadi tumpuan cikgu cikgulah.
"Nani,kenapa awak tak pergi rehat,kawan kawan awak semua dah keluar ke kantin,"tegur Cikgu Mazlan.
"Saya nak siapkan latihan ini,kalau tidak saya tak boleh keluar bermain masak masak hari ini"balas Nani.
"Amboii adik Nani ni baguslah,dahla pintar,comel pulak tu.baiklah,teruskan kerja,cikgu tunggu kamu siapkan" puji Cikgu Mazlan kepada Nani sambil tersenyum.
Maka berangan la Nani yang Cikgu Mazlan ada hati kat dia,'Alamak,aku tak nak kawin dengan cikgu Mazlan,aku kecik lagi,macam mana kalau dia datang rumah pinang aku? Huaa,,apa ni,cikgu..senyum senyum pulak kat aku,gatalnya.dahla panggil aku adik Nani,kalau drama Sembilu dekat RTM,kalau panggil adik tu bermakna cik adik,nak ngorat aku lettew....ish mana Bedah ngan Rokiah ni,aku takut cikgu Mazlan apa apakan aku jer aku sorang dalam kelas,mana diorang ni??uwaaa takuttt..!!"fikir Nani dalam hati.
*See,padahal kalau fikir logikla,Cikgu Mazlan tu mesti la duk anggap Nani ni macam adik dia sendiri,budak budak berhingus apa kelas nak jadikan makwe,tubuh badan bukan menarik pun.
SITUASI KEDUA:
Yang ni lagi teruk, fikir bapa saudara sendiri nak kat dia.
Farah seorang gadis yang pendiam.Dia freehair ketika tadika tapi apabila memasuki darjah satu,dia disuruh memakai tudung ke sekolah.
Farah mempunyai bapa saudara yang sangat muda.Lebih kurang 24 tahun umur bapa saudaranya.Bapa saudaranya masih single dan kadang kadang agak bergaya.
Setiap pagi,Farah menumpang bapa saudaranya menaiki motor pergi ke sekolah.Tapi pagi tu Farah nampak lain dari biasa.Farah mengenakan tudung pertamanya ke sekolah rendah kebangsaan Pulai Chondong.
"Haihhh,,,lawanya Farah pakai tudung hari ini,,ayah Lang mengorat boleh tak?"gurau bapa saudaranya sambil mengangkat beg sekolah Farah ke dalam bakul motor.
Sejak hari itu,Farah menjauhkan dirinya dari bapa saudaranya selama seminggu.Dia juga menceritakan peristiwa itu kepada ibunya dan mengatakan dia menerima gangguan kegatalan.Namun,Farah terkedu apabila ibunya mentertawakannya.
*macam tak logik kan bapa saudara nak kat anak saudara sendiri.Gurauan macam tu kadang kadang budak perempuan zaman kecik kecik macam kita ambil serius tau.ini kerana kita sudah ada perasaan,berbeza dengan budak lelaki yang lambat matang.Bila dah besar,mulalah teringat dan fikir balik,bodohnya aku sangka macam tu.kan?kan?
Aku rasa lah perkara ini terjadi kerana generasi kita dulu kuat disajikan dengan drama drama cintan cintun dekat televisyen.jadi Syndrom-Syok-Sendiri-Ada-Orang-Nak-Kat-Kitewww menular di zaman kanak kanak.Kepada orang lelaki dewasa yang muda,berhati hatilah bergurau dengan kanak kanak perempuan kerana anda mungkin akan ditakuti oleh budak perempuan tersebut selepas ini.
Wahai kaum perempuan sekalian,mengaku lah anda pun macam ni kecik kecik dulu..tapi kalau tak nak mengaku takpe,aku tawu korang semua pernah macam ni.HAHAHA.yer dak?
Wednesday, August 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D