Wednesday, July 13, 2011

ROMANTIKA 13 JULAI


Finally esok paper terakhir aku akan menjelang mengiringi cuti summer yang mengujakan (maksud cuti ialah shopping mall…-…tengok movie atas umur…-…bersiar siar di tepi pantai sambil menghalang angin nakal dari meniup skirt dan menyeksikan diri).

Tak sabar nak tempik "macek anti budu you are freedom now selepas berhempas pulas berjuang untuk peperiksaan!!"


Sebenarnya,aku dah lama beraya lepas 4 paper medic habis.esok paper arab jer tinggal,insyaAllah nak score (time ni la baru nak rasa  bersyukur sebab sekolah arab dulu).


Happy Birthday Syahira Ariff.

Aku tahu ar professor arab memang sengaja pilih tarikh habis pereksa sempena hari jadi aku.beliau nak suruh kawan kawan belanja kek untuk aku la tu.

*budak tudung hitam a.k.a zida comot ni memang jadi mangsa aku ni esok.


So,ada tak saper saper nak wish paling romantic untuk aku?

Monday, July 11, 2011

5 TEMPAT BEST DI LUAR MALAYSIA PERNAH AKU PERGI !!


Pagi ni aku nak story 5 tempat paling best pernah aku pergi outside Malaysia.maksudnya of coz all of them ada wow element yang mungkin membuatkan aku memaksa future husband berbulan madu kat situ nanti ahh tak kiraa awak kena ikut taste saya jugak.,ok stop berangan jom kita tengok 5 tempat bertuah yang dipromot hari ini:

1.Bahrain
Bandar paling bersih aku pernah jumpa.aku dapat peluang jalan jalan kat Bahrain masa flight aku transit 11 jam kat sini dulu then aku dapat hotel free sebab transit lama kan.pada pendapat aku Bahrain ialah Negara yang Bandarnya dikelilingi laut bayangkan kau tengah naik keter di satu jalan raya yang lurus then kanan kiri jalanraya kau nampak sampan comel yang dipukul pukul ombak.

macam ni ah panorama bahrain kalau ambik dari van pelancong

of coz wajib bergambar dengan shopping mall.

2.Jeddah,Mekkah
Masa operasi pyramid dulu aku dapat peluang jelajah Tanah Suci Mekah ni,bagi aku ni la trip paling best skali sebab free tak perlu bayar apa apa,terima kasih kerajaan Malaysia dan tak lupa terima kasih juga kepada penduduk mesir yang merusuh kalau tak kerana korang semua tak dapat aku nak merasa balik free sebegini.oleh kerana Mekah ni adalah tumpuan seluruh dunia,maka kat sini kita akan jumpa berlambak shopping mall yang besar besar..(patotla mak aku kata best sangat pun pergi mekah,aku ingat beliau suka masjid masjid kat sana…)

Gambar ni aku ambil masa kitorang lepak kat rooftop bangunan Tabung Haji sambil tunggu turn mandi,nampak tak di situ,aku seorang yang suka mandi*pembersih tak?


3.Al Azhar Park,Cairo.
Musim bunga dulu aku ada lepak kat sini ngan kawan kawan memang tak dinafikan taman bunga merupakan lokasi terbaek punya untuk release tension sambil cuci cuci mata skodeng kapel kapel muda tu tengah buat apa kat bangku.BTW,sebelum aku datang Mesir kan aku selalu duk piker mesir ni kering kontangla kunun kunun Negara berpadang pasir dan satu bunga jer tumbuh kat mesir iaitu pokok kaktus.bila tiba musim bunga perhhh amek kau terkejut aku bunga bunga kat sini sangat lawa dan berwarna warni.

my friend,umi raihan sebagai model.bangunan belakang tu restoran.


4.Khan El-Khalili,Hussein,Cairo

Ni mustahil la kalau orang perempuan tak pernah shopping kat sini,aku berani kerat jarilah.Hussein merupakan lokasi-oomaigod-murahnya-abang-arab-manis-berbulu-dada-tuu-boleh-tak-turunkan-harga-lagi?percaya atau tidak korang boleh tawar menawar dan dapatkan pashmina & shawl cantik cantik serendah RM2.50! sebenarnya aku tak nak hyperbola sangat,(RM 2.50- JIKA BORONG SAHAJA).itulah gunanya di plastic Mydin kita boleh lihat perkataan ‘mengapa bayar lebih???belilah dengan harga borong.’


5.The-Mosque-I-Don’t-Know-What-It’s-Name,Giza,Egypt


Sebab mak aku baca blog ni kan so aku wajiblah include masjid antara tempat tempat paling best pernah aku pergi so anak mak ni seorang yang solehah gitu pergi Hussein sebab nak ziarah ziarah makam sahabat Rasulullah S.A.W bukan semata mata shopping ok.

kenapa masjid ni best di mata aku?
..sebab mak aku baca post ni.
apa yang menarik dekat masjid ni?
Emmm,masjid ni menarikla..(sebab mak aku baca entri ni.)
…………
so apa pendapat korang?best tak tempat tempat ni?

Friday, July 8, 2011

macam mana nak apply perubatan di mesir?


Selepas result spm baru ni keluar,ramai jugak yang suruh aku share tentang pengalaman aku belajar dalam bidang perubatan.thanx kepada shahrizal  shahmi antara kalian yang bertanya.hee.


sayang sayang sekalian,akak malu sebenarnya nak cerita coz akak baru jer tahun pertama amek medic,pengalaman takdelah seluas mana untuk dikongsikan.tapi untuk entri kali ni akak akan cuba share pengalaman akak amek medic untuk tahun pertama yer.

First sekali akak pun tak tau kenapa la akak buat keputusan untuk amek medic ni sebab cita cita akak dulu nak jadi chemist takpun amek TESL.cam teacher B.I gitu..orang kata cikgu ni suami sayang la sebab kerja tak teruk macam doctor ah mitos semuanya!Hmmm,mungkin Allah takdirkan hidup akak untuk berjasa kepada masyarakat dalam bidang ini kot so akak tetapkan dalam diri akak “setelah kau dah masuk dalam sesuatu bidang,berjuangla sampai habis,quitter never win,winner never quits!”

Sebenarnya akak ni takdelah golongan genius bijak pandai sangat walaupun akak memegang title student medic.result spm akak cukup cukup jer sayang untuk membolehkan akak melayakkan diri untuk memohon bidang ni di timur tengah.yang terer terer nuu budak under mara or jpa.

Hee,tapi korang jangan la rasa kalau korang tak dapat apply mara or jpa,cita cita korang untuk menjadi doctor hancur.sebenarnya ada cara lain lagi tau.

Caranya ialah korang boleh mohon untuk belajar dalam bidang perubatan ni menggunakan agent agent yang berdaftar untuk mengelakkan korang dari ditipu.akak plak guna agent KMS (Kelantan medical service) so far agent ni boleh tahan bagus jugakla perkhidmatan dia.ada banyak lagi agent agent yang adik boleh rujuk untuk urusan belajar di timur tengah contohnya macam Medic Mesir,Al quran medic (AQM) ataupun Yayasan Gilang Gemilang.ni antara agent agent yang femes la ni.

Aper syarat syaratnya?

1)ofcoz la korang perlu korbankan sedikit duit well untuk berjaya sometime kita kena korbankan sesuatu yang kita sayang kan?bayaran tahun pertama untuk kos perubatan di seluruh university di mesir kecuali university of Tantar ialah USD 2000,lebih kurang dkt RM 6,7 ribu jugak.

2)Then,untuk apply medic kat sini result SPM korang kena dapatkan at least B+ untuk memohon NOC (non objection certificate) yang mana akan memudahkan urusan korang untuk mendapatkan mana mana pinjaman.tapi kalau tak dapat pun korang still boleh tangguh NOC tu taun depan selepas dapat result tahun pertama.kalau korang dapat 11B atau 11B+ pun korang still boleh mohon medic.*terover la plak

3)korang kena la ready berkorban yer setelah amek medic ni.berkorban tawaran university kat Malaysia yang korang dapat.dulu,akak dapat foundation engineering kat UIA.seperti yang korang tahu foundation ni tarikh kemasukan dia agak awal sedikit sedangkan masa tu akak BELUM DAPAT pengesahan pun lagi dari pihak university di Mesir adakah akak layak amek medic di sini.

Serius masa tu perasaan bercampur baur,,nanti kang kalau aku tolak UPU ni,kalau aku tak dapat tawaran mesir,kat manala aku nak study?so akak tawakal jer,akak tolak UIA,berdebar xsah nak kata la then sebulan kemudian,pihak mesir pun menghantar surat tawaran untuk belajar di sana.alhamdulillah~!!!so here I am..

kat bawah ni akak share sket gambar gambar sepanjang tahun pertama akak di sana.

ni masa akak belajar pasal tangan manusia menggunakan cadaver(mayat).nak jadi doktor mana boleh takut nak pegang pegang badan mayat macam ni,kalau korang takut pon,lama lama korang pasti dapat biasakan diri.

ni semua classmate akak.ramai kan orang malaysia kat sana,tapi azhar ni unik sket,dia tak campur lelaki dan perempuan so kalau nak pergi kelas tu serabai serabai pun takper sebab semua orang sama jantina.=p

nanti tahun ke 4 insyaAllah kita akan enter bilik pembedahan dan tengok cara doktor bedah pesakit,that's why i love mesir.of coz mesir special sebab mereka mempunyai banchelor of surgery yang membenarkan kita mendapatkan ijazah klinikal dan surgery dalam masa yang sama.negara lain kalau tak silap kebanyakannya hanya menawarkan ijazah dalam klinikal sahaja,maksudnya kalau nak dapat ijazah surgery tu terpaksa further study lagi beberapa tahun la.

ni plak gambar pramugari egypt air.

so,kepada yang ragu ragu nak datang mesir tu datang la yer best tau belajar sini semua benda boleh rasa,musim sejukla musim bunga la benda benda yang kita tak pernah jumpa pun banyak kat sini.*promote lak pasni Egypt Air sila bagi aku kerja sampingan sebagai pramugari korang ok sebab aku da promote mesir.

kalau nak tahu lebih banyak pasal perubatan di mesir sila bukak blog kawan akak ni.beliau rajin sikit update pasal ni.tokey movie ni semua cerita dia ada.ni blog dia si zieda zidot.

Tuesday, July 5, 2011

KAWAN DENGAN LELAKI BOLEH BUAT KAU MENGANDUNG !



Ok,baca tajuk tu sila jangan hentam aku terlebih dahulu ye.tajuk asyik nak kontroversi jer kan.so sekarang ni aku bentangkan ape kejadahnya tajuk entri aku begini pada hari ini.

eh kawan dengan lelaki boleh buat kau mengandungla!
Istilah ni mesti ramai di kalangan korang familiar kan.
Familiar macam mana?Macam ni,masa aku kecik kecik dulu kan darjah satu kan yang masa tu kan ada pelajar genius kelas aku tak nak mengaku dia berak dalam kelas sebab nak jaga reputasi dia sebagai pelajar terpintar peringkat darjah satu ok kita ketepikan soal berak dalam kelas sebab aku tahu zaman darjah satu ialah zaman untuk memahat kenangan kenangan atau perkakasan bererti sebegitu untuk sekolah tercinta.

Sebelum masuk tadika lagi mak aku dah pesan awal awal"Kakak jangan kawan tau dengan budak lelaki,nanti mengandung."sambil mak aku menceritakan bagaimana sakitnya mengandung apabila doktor menggunting bahagian bawah kita untuk mengeluarkan baby.(*masa tu aku fikir setiap ibu memberakkan anak atau ringkasnya kita keluar dari lubang punggung mak)

Menyedari betapa sakitnya kalau lubang punggung kena gunting,betapa ngerinya mengandung,pada masa itu aku pun membuat keputusan tak nak mengandung seumur hidup.Oleh sebab aku ni sejak kecil kecil lagi berhati suci dan fikiran masih tidak dicemari maka perangai aku adalah sedikit lurus.Aku mudah percaya apa yang orang kata walaupun benda tu tak munasabah.Bila mak aku kata jangan kawan dengan lelaki,aku bukan setakat tak kawan,aku boikot,tak berani bercakap pun dengan Amir Ashraf(hah ni aku still ingat budak ni selalu duk tanya result aku bulih berapa tapi aku selalu lari sebab aku tak berani pun nak bercakap dengan budak lelaki)

Pendek cerita,ada sorang kawan aku masa darjah satu ni nama Aini tak silap.Dia dahlah cantik,rambut dia lawa pulak tu ikat dengan getah berwarna warni.ok aku mengaku la aku agak jeles sebab dia boleh freehair masa darjah satu sedangkan aku sudah bertudung ustazah plak tu plus renda renda lagi huh sungguh tak menarik,aku nak rambut tocang comel macam Barbie.(Rozita Che Wan tu tua tua pun still ada bermekap untuk photoshoot ala ala Barbie style so perasaan nak cantik macam Barbie tu lumrah bagi sesetengah perempuan ok)

sebab Aini ni lawa kan maka budak lelaki pun ramaila yang nak ejas dia,selalu nak main batu selambut dengan Aini.oleh itu aku,sebagai satu satunya pelajar darjah satu yang memakai tudung ustazah di kelas tersebut telah bersemuka dengan Aini.

"awak tau tak,mak saya kater kan,kalau kawan dengan lelaki kan boleh buat kita mengandung,saya rasa tak lama lagi awak akan mengandung,.!!"ujar aku bersungguh sungguh.

Oleh kerana masa darjah satu aku ni antara best student jugak kat sekolah rendah aku tu maka Aini percaya bulat bulatla kata aku.

Aku tengok muka Aini pucat lesi masa tu.

Mulai hari itu,dia juga fobia nak bercakap dengan lelaki.

*budak budak fikiran diorang memang inesen.untuk pengetahuan korang jangan terkejut ok kalau aku mengaku yang aku start bercakap dengan budak lelaki masa umur aku darjah 3,sumpah tak tipu tu pun selepas mak aku memberikan kebenaran untuk berkawan dengan budak lelaki bila aku mengadu tak tahan kena ejek bisu di kalangan budak lelaki sebabnya dalam kelas aku bising jer dengan kawan kawan perempuan.

hah sekarang tengok,aku memang berbeza dari dulu.
Opps.

moral of the story:hanya suami yang boleh buat kau mengandung.jadi jangan kawan dengan suami.
LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails