Sunday, February 13, 2011

AKHIRNYA TIBA DI MALAYSIA,,SO,BAGAIMANA PROSES PEMINDAHAN PELAJAR TU?


Tanggal 9 Febuari di pagi yang indah, akhirnya tibalah seorang wanita berjiwa tabah ke tanah air tercinta.so,Artikel kali ni aku nak ceghiter bagaimana trip aku dari mesir ke Malaysia.hakhak kalau korang da muak da dengan cerita mesir ni pun aku tak kira,aku nak ceghita jugak!!

Macam korang korang semua sedia tahu,kerajaan kan buat operasi pyramid kan kan? So,kami semua mulalah dipindahkan dari rumah negeri masing masing ke cairo international airport.itulah pertama kalinya dalam 2 minggu aku keluar dari Bandar nasr city sejak rusuhan berlaku,pemandangan jalan toksah ceritala semuanya berubah,roadblock lah,keter kebal di mana mana,kedai makan,kedai buku,kedai jusmate dr rozmey semua takde yang bukak.

Kapasiti muatan yang dikenakan hanyalah 7 kg SAHAJA setiap seorang memang berpindah sehelai sepinggangla tapi aku tak bawak la pinggan cawan tu semua ,aku bawak baju,laptop dan benda benda penting jer.

Pemandangan di cairo international airport ketika hari nak evacuate ,gurl gurl dan boboy berserakan,masa tu ada rumor yang kata balik dengan kapal terbangla,ada sopsek sopsek yang kata balik dengan kapal lautla,balik dengan basikallaa,heh semua rumor itu salah semata mata,bila kau dah sampai kat airport mestilah kau naik kapal terbang,ye dak?


Dah sampai dekat airport zuhur tu kitorang terpaksala pulak delay penerbangan seharian sebab flight tak cukup nak sumbat ramai sangat pelajar, masa tu rasa oh what the lara la hati ni kena tidur bawah khemah  Malaysia bercadarkan jalan tar.namun di sebalik kedukaan yang aku lalui,terselit coklat almond Sweden pada masa itu.terima kasih kerajaan Malaysia bagi bantuan makanan macam ni~!! Tau tau je jiwa kami semua inginkan coklat buat penghibur.


Inilah khemah yang memuatkan beribu ribu pelajar Malaysia,memang agak sesak tapi kami da tak kisah dah semua tu asalkan dapat keluar dari mesir pun Alhamdulillah dah.

Senang cerita flight kami pukul 6 pagi esok,bangun tidur semua badan rasa lenguh lenguh rasa duri duri sikit sebab tidur atas tar,ah takpe la,,jap gi ganti tidur berkualiti atas kapal terbang yang selesa.semua orang berebut rebut nak check in,hajatnya bolehla rehat rehat dalam kapal terbang dulu.
selesai check in,kitorang terpaku.

Kapal TUDM?are u serious? 

Kapal  terbang TUDM Charlie 130 ni kalau korang nak tahu dia lain sikit dari kapal terbang biasa.dia takdela seat seat selesa macam korang selalu naik ni,toksah harapla ekon ekons ni semua,yang ada hanyalah jaring jaring bersama bangku di kanan dan kiri pesawat,bunyi enjin pun agak bingit sebab kipasnya ada di dalam,nak tak nak kitorang semua terpaksala duduk berhimpit himpit di atas lantai pesawat untuk kasi muatan lebih dari 200 orang.nak duduk berlunjur kaki dengan selesa, takut abang askar marah maka 3 jam penerbangan dari Cairo ke Jeddah jadilah cramp otot otot kaki aku.

cerita aku kat Jeddah mungkin aku sabung esok jer la yer,takut korang muak pulak baca entri panjang panjang.menarik tak menarik tak?

Thursday, February 3, 2011

RUSUHAN DI MESIR - APA YANG TERJADI KEPADA SAYA DI SINI



*(Entri ni ditulis 2 hari lepas,sekarang internet baru dapat,so aku baru dapat publish.)


*rusuhan beramai ramai di Tahrir 

Keadaan di Mesir sekarang sudah bertukar.RUMAH sendiri bukan lagi tempat yang dianggap selamat di Cairo.perkhidmatan Internet telah dihentikan jadi  tiada sebarang perhubungan dengan pihak luar,panggilan telefon di seluruh Cairo juga tiba tiba telah tersekat.


di kawasan Hayyu Asyir,15 minit dari rumah aku di sini,aku terdengar berita tentang geng Haromi (kaum banduan jahat yang terlepas dari penjara ekoran dari pembakaran balai polis) telah mengambil kesempatan untuk memecah masuk dan merompak beberapa rumah penduduk.jadi kami dinasihati JANGAN SESEKALI MEMBUKA PINTU JIKALAU ADA YANG MENGETUK PINTU takut takut ia adalah geng Haromi.lebih buat saraf sympathetic aku terangsang,beberapa rumah berdekatan rumah kami telah dicerobohi perompak.oh Tuhan,aku dan kawan kawan sangat takut.ya Allah kami tak pernah menghadapi kejadian sebegini di Malaysia.(tiba tiba ghase nak terbang Malaysia,sooobbbss)


Kes 1 :
Sorang pelajar perempuan(orang  Egyptian) kat university aku telah mati ditembak kerana tak sengaja terlintas kawasan rusuhan.beliau antara 50 yang terkorban ketika hari kedua rusuhan.sebab tu mak aku pesan jangan nak berani keluar rumah waktu genting ni.

Kes 2 :
Beberapa orang pelajar Mara yang menaiki keretapi untuk pulang ke Iskandariyah telah tersekat dalam perjalanan pulang ke tempat mereka.perjalanan itu tersekat kerana beberapa batang landasan keretapi  telah dimusnahkan oleh pemberontak ekstrem!


Kes 3 :
Kawan aku Melly di Iskandariyah menelefon,di sekitar bangunan mereka telah dikepung oleh beberapa kereta kebal.that’s mean kawalan keselamatan semakin dipertingkatkan.


Kes 4 : 
Mesir telah diisytihar darurat jadi kami semua telah menyerbu ke kedai untuk membeli stok makanan yang banyak.Ketika perjalanan ke kedai,jalan raya kat kawasan rumah aku dah berubah,sekatan jalan raya berlaku di mana mana.kalau tengok kat TV pulak,kat Tahrir (kawasan yang lebih bahaya) banyak berlaku kemusnahan kedai kedai.


Semasa aku ngan roommates pulang dari rumah kawan kami untuk mengambil stok movie dalam hard disk buat tontonan menghilangkan bosan berkurung di rumah,dalam perjalanan pulang,di kedai  kedai kami dapat lihat pembeli yang luar biasa ramainya,mesin ATM pulak dipenuhi oleh orang yang beratur panjang,semua ingin keluarkan duit, *kesian sorang ustaz melayu ni kena tindas without respect kat orang arab masa tengah beratur (maklumla ni Negara diorang kan,bukan Negara kita punya ).


Malam kian menghampiri,selepas sembahyang Maghrib rusuhan telah bermula!aku dan kawan kawan dapat dengar bunyi bising kat luar bangunan kami,nampak penduduk arab yang ekstrem mengangkat parang dan kayu beramai ramai berkejar ke satu tempat.


ah,malam ini sekali lagi tidur dihiasi dengan bunyi tembakan yang menyeramkan.


Ya Allah,mohon lindungi keselamatan kami,kami pohon doa doa dari ibubapa dan keluarga kami di Malaysia.Ameen


*jawabnya winter break ni berkurung jer la kat dalam rumah.nak buat apa ye dalam rumah selain tengok movie,makan,tido?

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails