Thursday, January 27, 2011

RUSUHAN DI CAIRO MENJELANG EXAM ANATOMY


Pagi tadi sebelum aku menghadapi exam last sebelum cuti panjang bermula,aku melihat notis dari kawan di facebook, “Assalamualaikum wbt..kawan2 seperjuangan..makluman penting,nanti nak keluar exam jangan lupa bawak PASSPORT anda yea..rusuhan kian merebak..doakan mga selamat semuanya..Allahumma ameenn!!”

Rusuhan apa plak ni?terus aku google berita hot yang baru je berlaku.Oh rupa rupanya semalam ada rusuhan besauu menentang kerajaan dan presiden Mubarak haah teruk jugalah rusuhan tu,penduduk yang merusuh membaling batu,polis pula membalas menggunakan gas pemedih mata,menembak menggunakan senapang peluru getah hingga mengakibatkan 3 orang mati dan beratus yang cedera.sekian laporan dari Syahira Ariff untuk tv3.

Maka dalam keadaan Cairo ribut begitu boleh tak aku nak buat alasan paper anatomi aku terjejas? Bagi aku,subjek anatomi lah yang paling dibenci dan paling banyak songeh kena hafal.Anatomi ni subjek subjek tentang organ organ dalam badan,urat darah la,sehinggakan perjalanan urat yang sekecik kecik tu kau kena hafal.Masa study untuk exam anatomi tu,aku rasa lebih rela jadi professor subjek Bahasa Malaysia Klasik tahap P.H.D.

Mari aku ceritakan apa yang berlaku semasa preparation untuk exam ni :

1.Hujan ais batu


Ni memang first time aku tengok hujan ais batu dalam hidup aku.hujan ni turun kejap je dalam bentuk ketul ketul ais,kalau korang tadah hujan tu dengan tangan maka korang akan dapat butir butir aiskrim vanilla yang takde rasa.

2.Buku medik yang tebal dan bertimbun kena hadam dengan otak


Hah ni baru sikit je ni buku,tak tunjuk lagi yang subjek histology lagi,anatomi lagi,memang pedih pedih jugak otak aku nak hafal semua ni (campur plak dengan tak berapa nak minat) patotla orang kata belajar medic ni payah,sebenarnya bukan payah pun,tapi yang payahnya ialah part HAFAL tu tersangatla banyak ibarat kau kena hafal peta bercabang seluruh Rusia siap dengan jalan jalan shortcut kecik dari Rusia tu untuk kau pergi ke rumah aku di Kota Bharu.

3.Kemalasan masak ketika exam
Ni kalau ada yang berminat nak buat stok stok isteri boleh lagi ni sebab kami ni malas HANYA ketika exam jer.Waktu lain dijamin kami rajin jer nak masak.Time exam semua macam nak selfish, konon konon tak nak masakla takut makan masa nak studylah, nanti rugi masa nak ulangkajilah padahal masa nak berfacebook sempat jer.So penyelesaiannya tak lain tak bukan ialah hello hello mak sikit buat muka kesian depan Skype pastu mintak elaun lebih sikit time time exam ni,so makan delivery lah kau.


 Sekali ni jer aku buat kfc delivery tau selepas tiap tiap hari makan megi.(*sebak)


Winter break dah bermula,memandangkan aku tak bersiar kat mana mana cuti ni, so aku rasa nak aktif berblogging baliklah sepanjang cuti panjang 2 minggu ni.rindu sangat kat dia ni haa,dan jugak kawan kawan blogger yang bertanya khabar aku samaada di shoutbox,dan juga di facebook.



Suhu sekarang 8 C sangat sejuuukkk maka selepas habis exam, mulalah kami berhibernasi seperti beruang kutub dalam selimut besar cuba kau kira berapa orang dalam selimut ni.

*sajer je nak tahu : agak agak korang best ker hidup pelajar medik?

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails