Sudah 5 tahun kita hidup bersama, masihkah kau ingat sebelum waktu makan bermula,kita semua melakukan acara larian marathon bersama ke kantin kerana takut terlewat mendapat lauk ayam besar. Iyer, kita memang senior yang kejam kerana memintas barisan junior junior tapi kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus dilakukan. Beralasankan sibuk dengan persediaan SPM, kita akhirnya berjaya membuatkan adik adik junior supaya memberi kita ruang untuk memintas barisan.
Sahabatku, masihkah kau ingat tatkala kita semua sedang khusyuk study tiba tiba asrama kita gelap gelita kerana blackout, yang membuatkan kita semua berjalan berhimpit himpit ke tandas kerana takut mungkinkah akan muncul zombie Kampung Domis dari kejahatan malam yang menghimpit. Di saat itu, sesiapa yang berani menyebut perkataan 'hantu' akan kita lempang secara berjemaah. Kita juga sentiasa berharap kalau sekolah ingin blackout, biarlah ia terjadi pada waktu malam maka dengan itu kelas kita akan dibatalkan.
Sahabat spesifikku yang tersayang,
ingatkah ada di antara kita yang berjaya mendirikan masjid sendiri yang diberi nama Surau Taqwa kerana mengingkari arahan sekolah yang mewajibkan kita sembahyang berjemaah di Masjid Utama.Ah,tidak mengapa malas ke Masjid Utama itu kerana kita sendiri sudah mempunyai alasan yang kukuh, berbekalkan hadis nabi yang 'menggalakkan kaum wanita hanya sembahyang di rumah' telah membuatkan kita berjaya mematahkan hujah hujah AJK Dakwah.Sahabatku, ingatkah di saat kita berjalan di laluan pejalan kaki tatkala pelajar pelajar lelaki melintas di hadapan kita, pandangan kita semua akan tertunduk ke bawah kerana malunya, segannya kepada mereka namun di saat lokasi kita berubah iaitu di celah tingkap asrama, perkara itu tiba tiba pula akan bertukar kepada skodeng.oh maksud aku,bukan semua,hanya sebilangan kecil dari kita yang nakal termasuk aku.
Kini semua itu telah berlalu pergi meninggalkan diri kita yang semakin dewasa membawa haluan diri masing masing. Mana mungkin aku lupa wajah kalian semua, akhir kata,semoga kita semua bakal mendapat bilangan anak anak yang ramai sekalian di mana saat itu kita boleh berbesan semula.
Yang tiba tiba Rindu..
Mek Syah
Mek Syah