Thursday, November 25, 2010

CAIRO SUDAH MULA MASUK MUSIM SEJUK,TERASA SEPERTI BERUANG KUTUB RASANYA


Pejam celik pejam celik rupa rupanya dah hampir 3 bulan aku duduk kat bumi anbia ni.Mai awek aku duk berendam air mata memikirkan nasib aku kat sini tanpa mengirimkan khabar kat dia.Maka aku pun mencari ruang untuk menulis kembali.

Banyak benda terjadi kat aku sepanjang berada di sini rasa macam nak cerita semua hoooyeaahh tapi takut entri ni tertukar kepada novel plak.aku tau korang mesti nak kejar masa kan jadi artikel pendek lagi sesuai.

Sekarang ni Cairo da masuk musim sejuk,abang abang polis semua sudah menukar uniform mereka dari putih menjadi hitam,suhu setempat turun menggila sehingga 16 darjah celcius,perut manusia pun naik menggila jugak jadi makin lapar,strawberi mula bercambah dan menjadi makin murah dan student student satu kuliah dengan aku mula mempamerkan baju sejuk baru masing masing.

Dekat Mesir bagi aku tempat yang paling best untuk shopping blaus,selendang dan jubah ialah dekat Hussein.bayangkan korang boleh dapatkan jubah lawa lawa hanya dengan harga L E 35 (lebih kurang RM19) wahai gadis gadis,bayangkan perasaan kemenangan yang sejati itu,bayangkan perasaan kepuasan hati itu setelah kau berjaya membida jubah dengan harga yang paling murah,nikmati keseronokan itu!

Tapi awas,betulla kata Berd, orang arab agak gatal gatal jugak yer lalala aku pernah alami satu kisahtapimalunakceritatakutkorangkatabajetplak.hak hak hak.segan plak nak type jadi aku type sambil kibas kibas muka dengan tangan.

masa pergi beli sarung tangan dekat Hussein tu kan,aku bayarla sarung tangan pink tu kat seorang penjual arab ni.tapi dia pegang duit aku tu dan tak nak kasi baki wangnya,dia pun panggil aku kat tempat tersorok dalam kedai tu,ajak ajak berkenalan sket, dan senang senang je terus ajak aku kawen!! wahh !! dahla ajak berkenalan sambil syok menggulung misai Amitab Bachannya,pakai kemeja plak sengaja tak butang baju pamer bulu dada berkerinting tu ingat boleh buat aku tergoda?rasa lebih seksi macam tu?nooo nooo aku rasa gelii sameon weii terus aku mintak baki wang aku ala ala tegas gitu ngan dia dan cepat cepat blah dari kedai tu.(padahal aku malu malu sebenarnya)

sekian update berjaya untuk kali ke 4 di mesir. -___-!

sebelum tu,ni antara sedutan gambar gambar yang berjaya dirakamkan oleh kamera.

orang arab nie selagi boleh sumbat,selagi tu la dia akan sumbat manusia dalam kenderaan.

gambar masa raya haji bersama 3 isteri aku.teka sendiri yer aku yang mana satu.

raya haji pertama yang kami sambut di City Star.bagus kan sikap macam ni?hak hak bila lagi weii nak enjoy selain hari raya haji,kuliah aku payah nak dapat cuti weh.

Saturday, October 16, 2010

JOM KENALI MAKANAN MAKANAN ORANG BUJANG


Sejak mula sesi pembelajaran aku di university ni,aku jarang dapat update blog.exam dan kuiz tiap tiap masa wei(ceh ceh ceh biarpun sengaja sembunyikan diri dari internet sebab mak kata aku kuat online facebook.)

Umi,ini laporan pemakanan kakak di Cairo.Umi tak payah bimbangla,sebab kat sini semua makanannya sedap sedap dan mampu buat Osman Kering jadi Osman Buntal.Ni makanan yang aku dan kawan kawan masak sendiri,ada tom-yam-tak-ingat-nak-bubuh-garam,sup sayur simple dan beras mesir lembik yang mana kalau makan korang akan rasa ia melekit lekit dekat anak tekak korang.


Hari ni,kitorang pergi ke Abu Ila untuk membeli pakaian sempena musim sejuk yang akan datang, aku pun godek godekla kawan kawan untuk singgah ke restoran Arabiata.Iyerlah,kadang kadang lidah manja aku ni merengek rengek nak gak cuba makanan arab.
Inilah makanan yang aku beli nama dia Basymala ape entah.Kandungannya macaroni keju bakar dengan daging kisar sedaaaapp tapi banyak sangatla,aku sorang mana mampu habiskan.

Kalau hari yang ada kuliah,aku selalu makan 2 benda ni jer,keropok kentang perisa keju dan coklaaat pick one 50 pistal (dalam 30 sen) ajerrr,murah giler,simple dan jimatkan masa!agak agak berat aku dah naik berapa kilo eh tinggal kat sini?

Ni gambar aku dan kawan kawan di sekitar Universiti Azhar-aku taktau la kenapa student first year excited dengan lab coat siap capture gambar pose guna henfon lagi,bergaya ke weh pakai lab coat ni?( style tak nak mengaku turut terjebak)

Weii,ada roommate aku kan dia nak start pakai purdah weii, tetiba aku rasa cam tertarik jer dengan idea dia tu.lagipun kat mesir ni dia kata habuk debu kuat sangat kalau pakai purdah kan nanti kan dapat menjaga kebersihan lubang hidung.

korang rasa sesuai tak kalau aku pakai purdah?keh keh

Wednesday, October 6, 2010

HIDUP DI CAIRO YANG PENUH MENCABAR SEHINGGA BADAN AKU JADI SLIM SEPERTI ROZITA CHE WAN




Kenapa hidup aku di sini sangat mencabar?


*kelas aku pack- enam hari seminggu (so,aku cuti hari jumaat jer uwaaa ta suka ta suka) bermula dari 8 pagi hingga 4 petang

*setelah aku dan 3 kawan serumah pulang keletihan dari universiti, makanan masih belum dimasak lagi dan kami perlu berhempas pulas di dapur pulak

*rumah sewa aku di tingkat lima tingginya dan di kediaman aku tiada lif

*buku physiology part 1 sangat tebal dan berita gembiranya ialah buku tu aku tak habis baca lagi

*cara orang arab bawa kereta sungguh ganas kadang kadang ada jugak pemandu zalim yang sanggup memintas divider jalan untuk melakukan u turn! so cara yang berkesan ialah setiap kali aku nak lintas jalan,aku kena mengucap awal awal (kalau aku mati pun,mati dalam iman gitu.)

*di Mesir sekarang berlaku peralihan musim sejuk yeahh tak sabar rasanya nak lari dari cuaca panas

*kenapa ketika musim panas yang membahang,orang Arab tak terbakar pun kulit dia malah wajah diorang masih putih melepak?adakah menggunakan fair n lovely?

*gadis Arab di universiti Azhar memang ayu,diorang jarang pakai seluar jeans dan lebih suka berlari melintas jalan dengan memakai skirt jean yang sempit

*makanan orang Arab semuanya agak sedap tapi aku tak pernah beli untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan aku

*pada hari pertama pelajaran di makmal anatomi,aku telah tersalah masuk ke bilik mayat

*ketika belajar di makmal anatomi,kami dibekalkan dengan struktur tulang untuk diteliti.aku sedang syok menggunakan bahagian tulang rib untuk menggaru belakang badan aku yang gatal namun berhenti setelah diberitahu itu merupakan tulang manusia yang sebenar.

*jika ibu dan ayah aku membaca entri ini, ketahuilah bahawa anakmu ini sudah menjadi manusia berdikari yang matang.

Friday, October 1, 2010

HIDUP BARU AKU DI NASR CITY ~!



lama aku tak update blog sebab masih keletihan dan kelas pun packed!

assalamualaikum korang semuaa~! ada saper saper rindu aku tak? ok tak payah jawab sebab aku dah tau jawapannya dekat inbox henfon aku ni Ashraf Muslim siap merayu rayu suruh aku update blog.Demi tak menghampakan permintaan Ashraf Muslim , aku menggagahkan diri jua mengharungi habuk pasir merantau mencari cyber cafe di kawasan bandar kediaman aku.keh keh.

Jumaat lalu pada pukul 8 malam bersamaan pukul 2 pagi waktu Malaysia,aku tiba di Cairo International Airport. Sebenarnya aku telah terlebih dahulu diinform member aku bahawa udara di Egypt ni lain sikit dengan udara di Malaysia, habuk terlalu kuat dan udaranya mampu menghitamkan taik idung.(then,lepas tiba sendiri kat sini,aku rasa tak hitam pun.biasa jer.keh keh)

aku naik flight ni la,pramugari dia lawa lawa tapi bertukar garang kalau kita tercandid gambar diorang. penerbangan lebih kurang 16 jam dan transitnya di Bahrain.


di bahrain.cuba teka aku yang mana satu..

hari kedua tu kitorang dibawa sekitar Giza maka bermulalah sesi photoshoot.bgi aku Sungai Nil cantik tapi lagi cantik kalau takde sampah sarap di sekelilingnya.

biasalah perempuan apabila berjumpa cermin..

pemandangan dari bilik aku di hayyu sabi'..

satu pengetahuan yang aku dapat ialah bangunan kat Cairo ni tak kalerful semuanya warna coklat jer sebab tiap tiap tahun kan kalau diorang cat jer mesti lepas setahun bangunan diorang diselaputi habuk.

Okey,tu jer laporan setakat ni, aku rasa aku da jarang dapat update macam dulu sebab kelas aku 6 hari seminggu woo dari pagi hingga ke petang penaaaatttttt setakat nie belajar subjek fisiologi dalam slanga orang arab dah pun memeningkan otak aku.pastu rumah aku plak still dalam proses mendapatkan wiring internet.aku dapat jumpa mak aku baru sekali jerrrr dekat skype,sedihhhhh sobbbsss tsk tsk.


okeyla jumpa lagi,kalau ada masa aku update dan jengok blog korang k.babai~!

Sunday, September 19, 2010

TAK KU SANGKA JAUH DARI KAMU..


Assalamualaikuuuuum duhai kawan kawan bloggerku (tiba tiba rasa nak buang tebiat jadi gadis melayu sopan sopan gitu padahal sebelum ni kalau nak tulis entri baru bagi salam pun tak pernah)

Mungkin nie adalah entri terakhir wa kat Malaysia kot kelana bebelapa ali ni wa manyak sibuk la aiyyaa itu macamla. Manyak itu balang kena beli dan perlu wa siapkan di dalam bag kargo,Jumaat nie wa akan naik kat airport Pengkalan Chepa pukul 6.40 pagi,betul betul pagi tuuu.memang tabik a kat saper saper yang sanggup hantar aku di airport di mana pada ketika itu ayam serama pun belum test suara untuk berkokok lagi.

4 hari takder kat rumah aku balik kampung weh dengan niat berkhidmat menjaga moyang aku kat kampung untuk terakhir kali sebelum aku bertolak ni sobbsss.Masa duduk di kampung selain takder perkhidmatan internet dan astro,terdapat tahap kebosanan di mana ia mampu membuatkan Paris Hilton jadi gila, rupa rupanya aku dapat belajar menguruskan orang tua. Then aku baru dapat tau rupa rupanya moyang aku kawen muda masa tu dia belum baligh lagi,umur 12 tahun da kawen waauuu bestnya kagum kejap aku.

Penat gak weh nak urus moyang aku nie, nak usung beliau dengan tilam,nak mandikan dia nak salin pampers,tolong dia amek wudhu' ,urut badan dia dan sebagainya memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Tapi percayalah selepas korang berkhidmat kepada orang tua, korang akan menikmati kepuasan dan ketenangan hati yang ekstremm.


Yang bestnya moyang aku nie dah tua tapi ingatan dia masih tajam lagi bayangkanlah weii dia masih ingat bahawa aku ni tak suka makan buah delima,tapi yang tak bestnya dia soal aku hukum hakam agama aiyyyaa terkencing kat situ jugak aku,tak boleh jawab huhuhu sayangnya aku kat moyang aku, dahlah nenek aku semuanya dah meninggal hanya moyang penyejuk hatiku~!


Aku dapat belajar bahawa kita sekarang ni nak jaga kedua ibubapa kita punyalah payah sedangkan diorang jaga kita dulu kalau sepuluh orang anak lagi pun sanggup.Pesanan aku untuk khidmat masyarakat :

bahagiakan mereka dan berbaktilah selagi mereka masih bersama kita di dunia ini..

akhir kata,selamat tinggal semua kawan kawan blogger,doakan keselamatan dan kejayaan aku di bumi Anbia'.ada masa kita jumpa lagi...~!

salam sayang,
syahira ariff

Sunday, September 12, 2010

GAMBAR RAYA 2010


Lama dah kan aku tak buat entri bergambar? Haa amek kau entri bergambar aku ketika keluarga aku tengah syiok beraya dalam dua hari lepas.

Raya kali ni kan aku banyak tangkap gambar dengan adik adik aku kan nanti kan bolehlah aku tatap lama lama buat kenangan terindah sob sob tiba tiba rasa hingus meronta ronta nak keluar *hei syahira,yang kau sedih sangat nie aper kes padahal kau bukan berlepas lagi eksyen jer lebih yer!


ni pose aku bersama adik adik selepas sembahyang raya
*pedulikan rumah aku yang bersepah ok
seperti biasa pemenang buat muka huduh dimenangi oleh naqib si baju hijau

rombongan menerjah duit raya ke rumah jiran jiran
wanita ayu yang depan sekali nie la mak aii
ayu kan cara dia berjalan?tengokla saper anaknyer lalala~

adik aku si Ima ni kan kalau pakai tudung kan kalah mak datin
belit situ,belit sini,semua jarum kalau boleh nak tusuk dekat tudung dia
yang aku bencinya mesti orang tersalah anggap bahawa dia kakak aku
tak suka tak suka!

sekali lagi pemenang buat muka huduh dimenangi Naqib si baju hijau


menu makanan hari tu ialah nasi minyak,sate,nasi bukhari,roti jala dan macam macam lagila yang pastinya perut aku tak cukup rehat hari raya tu alala kesian perut aku nanti malam aku dodoikan kamu dengan pati halia losyen mustajab yer?

style makan sopan sopan jer adik aku nie pakat buat muka suci semuanya padahal dalam hati tu tengah pikir 'berapakah jumlah duit raya tuan rumah akan bagi nanti?'

gambar last nie wajib upload yer sebab nie kan blog aku jadi sukahati akula nak tampal gambar aku kontrol ayu pun kan ekeke yang peliknya ayu ker kalau melompat lompat dengan baju kurung selepas dapat duit raya?

adik beradik saper la tu ramainya
anyway,selamat hari raya 2010
ikhlas dari Datin Paduka syahira ariff dan anak anak eh adik adik.

Thursday, September 9, 2010

RAHSIA BESAR YANG IBU AKU TAK BOLEH TAHU


Hari nie semua blogger buat entri pasal selamat hari raya pastu tag kad raya dekat facebook away from blog,balik kampung dan babai.semua orang bergembira nampaknya aku sorang sahajalah menangis merintih kesedihan raya ni.

Citernya macam nie baru sebentar tadi kan,aku baru jer menggosok baju raya untuk keluarga aku dan dalam masa yang sama aku juga sedang bergegas untuk ke shopping mall menemani sepupu aku membeli kelengkapan raya.

Pastukan, baju mak aku kan cantik sangat sangat kan .Kain untuk buat baju kurung moden mak aku tu dibeli jauh dari Bandung,Indonesia dan agak mahal warna pulak biru kehijauan sekali tengo memang nampak gojes dan mewah.

Masalahnya...kain dia tu agak sukar untuk diseterika,gosok ngan iron banyak banyak kali pun kedut baju tu masih tak hilang.Aku pun sentap lah kan,dahlah bilik nak iron tu panas, melambatkan masa aku jer kain ni.

Tiba tiba weh seterika tu megamuk weh dan menghasilkan lubang sebesar syiling 5 sen kat baju tu,eh bukan,kecil lagi,sebesar cincin untuk bayi dekat bahagian ketiak baju tu.

Wehh korang wehhh,aku takut sekarang nie,betul betul takut gila,aku tak berani nak bagitau mak aku,.kalau jahit balik kan nampak cacat plak.

kemungkinan selepas mak aku tau :

*mengamuk gila gila macam singa garang
atau
*kecil hati dan tak nak cakap dengan aku buat beberapa waktu

camane aku nak buat nie wehh??!!tiba tiba rasa tak nak beraya
T____________T

Friday, August 6, 2010

5 TAHUN KITA BERUMAHTANGGA



Sudah 5 tahun kita hidup bersama, masihkah kau ingat sebelum waktu makan bermula,kita semua melakukan acara larian marathon bersama ke kantin kerana takut terlewat mendapat lauk ayam besar. Iyer, kita memang senior yang kejam kerana memintas barisan junior junior tapi kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus dilakukan. Beralasankan sibuk dengan persediaan SPM, kita akhirnya berjaya membuatkan adik adik junior supaya memberi kita ruang untuk memintas barisan.


Sahabatku, masihkah kau ingat tatkala kita semua sedang khusyuk study tiba tiba asrama kita gelap gelita kerana blackout, yang membuatkan kita semua berjalan berhimpit himpit ke tandas kerana takut mungkinkah akan muncul zombie Kampung Domis dari kejahatan malam yang menghimpit. Di saat itu, sesiapa yang berani menyebut perkataan 'hantu' akan kita lempang secara berjemaah. Kita juga sentiasa berharap kalau sekolah ingin blackout, biarlah ia terjadi pada waktu malam maka dengan itu kelas kita akan dibatalkan.
Sahabat spesifikku yang tersayang,

ingatkah ada di antara kita yang berjaya mendirikan masjid sendiri yang diberi nama Surau Taqwa kerana mengingkari arahan sekolah yang mewajibkan kita sembahyang berjemaah di Masjid Utama.Ah,tidak mengapa malas ke Masjid Utama itu kerana kita sendiri sudah mempunyai alasan yang kukuh, berbekalkan hadis nabi yang 'menggalakkan kaum wanita hanya sembahyang di rumah' telah membuatkan kita berjaya mematahkan hujah hujah AJK Dakwah.


Sahabatku, ingatkah di saat kita berjalan di laluan pejalan kaki tatkala pelajar pelajar lelaki melintas di hadapan kita, pandangan kita semua akan tertunduk ke bawah kerana malunya, segannya kepada mereka namun di saat lokasi kita berubah iaitu di celah tingkap asrama, perkara itu tiba tiba pula akan bertukar kepada skodeng.oh maksud aku,bukan semua,hanya sebilangan kecil dari kita yang nakal termasuk aku.

Kini semua itu telah berlalu pergi meninggalkan diri kita yang semakin dewasa membawa haluan diri masing masing. Mana mungkin aku lupa wajah kalian semua, akhir kata,semoga kita semua bakal mendapat bilangan anak anak yang ramai sekalian di mana saat itu kita boleh berbesan semula.


Yang tiba tiba Rindu..
Mek Syah

Tuesday, August 3, 2010

TEKA TEKI YANG BUAT AKU BENGANG


Permainan teka teki agak popular ketika zaman aku sekolah rendah. Aku ingat ada satu teka teki dari kawan aku,Iylia Syazwanie, yang tak boleh aku lupakan sehingga sekarang.Korang pernah dengar tak teka teki macam nie..

IYLIA : Awak, awak, kalau awak pintar cuba awak jawab teka teki nie.


AKU : Apa teka tekinya?


IYLIA : Begini, di dalam sebuah kampung, ada 3 orang sahabat yang berkawan rapat iaitu Diana Danielle, Pared Kamel dan Lisar Surihano.(nama watak diubah mengikut peredaran zaman.)

Suatu hari,ketika mereka berehat rehat di taman,tiba tiba terbau kentut mis
teri yang amat busuk dan meloyakan.

AKU : Ok,teruskan..


IYLIA : Kentut tu siap disusuli bau durian yang amat busuk dan meloyakan tekak. (punyala hiperbola cerita dia). Jadi, tiga sekawan tadi mula saling menuduh dan menyalahi antara mereka. Teka tekinya adalah, jikalau awak pintar,siapakah yang kentut dekat taman tersebut?

AKU : Pared Kamel sebab dia jantan.

IYLIA : salah,pompuan pun boleh kentut aper.Cuba lagi..

AKU : Diana!


IYLIA : pun salah jugak


AKU: Lisar Surihano !


IYLIA: no,,no,,,no..salah...salah..


AKU: habis siapa lagi?


IYLIA: Rilek bro,jangan marah,meh aku bagi jawapannya.ngaku kalah ker tak?


AKU: tak ngaku kalah lagi! monyet dekat taman ker yang kentut?


IYLIA : heii,salah! meh aku bagi jawapan,ngaku dah?

AKU: ok,tak leh jawab,ngaku dah.


IYLIA : awaklaa yang kentut sebab awak mengaku.


p/s : rasa bengang tak?

Sunday, August 1, 2010

PERASAAN MEMANDIKAN JENAZAH


Sudah agak lama jugak aku tidak update blog yer? Sebenarnya dalam tempoh beberapa hari ini, aku masih dikejutkan dengan kematian berturutan dua anggota keluarga aku.

Kematian mengejut melibatkan seorang ibu saudara aku yang comel berusia 48 tahun akibat serangan jantung dan keesokannya dituruti pula oleh datuk saudara aku yang berusia 70 tahun akibat kanser.

Untuk kematian mak saudaraku ini,aku telah mendapat pengalaman yang cukup cukup berharga dalam hidupku kerana buat kali pertamanya aku menawarkan diri untuk terlibat dalam proses pemandian jenazah.

Ceritanya begini, walaupun aku agak gementar ketika jasad sejuk arwah dijatuhkan di atas riba aku, (padan muka aku pandai pandai tawarkan diri sangat) , aku menguatkan diri kerana memikirkan ini adalah jasa terakhir aku buat arwah Mak Su Yah. Dengan hati hati aku menggosok jasad arwah dengan sabun dan air dara,selepas tu menggunakan cotton bud aku mencuci bahagian di dalam kuku arwah sehingga bersih.

Setelah jenazah siap dimandikan, rupa rupanya mengikut adat kampung, betis para pemandi jenazah perlu dipijak dengan arang untuk mengurangkan rasa lenguh ketika meriba mayat.Maka, aku bersama 4 orang mak cik telah dipijak dengan ditabur serbuk arang.Pergghhh,memang menjadi la kaedah tu, kaki aku terus rasa selesa dan tidak serban ! Cuba lah!

Apa yang menarik ketika kematian datuk saudaraku keesokannya, aku mendengar ibu aku bercakap dengan orang kampung bahawa jasad jenazah adalah lembik.tahu apa maksudnya?

Menurut kata orang orang tua,jikalau jasad jenazah adalah lembik, kemungkinan akan berlaku lagi kematian di kalangan ahli keluarga! Wallahua'lam. Sebenarnya, tak boleh percaya sangat dengan pepatah orang orang tua tapi dibolehkan sekadar menjadi peringatan kepada KITA yang masih hidup.

Sesungguhnya mati tidak mengenal usia..

*gambar ihsan google

Al Fatihah kepada Mak Su Yah yang meminati cerita Gerak Khas dan juga al fatihah kepada Ayah Man.Semoga kalian tenang bersemadi di sana.

Monday, July 12, 2010

DAPAT KREDIT FREE DARI CELCOM KERANA SPAIN MENANG


*gol kemenangan Iniesta

Haaa mesti ramai kan bangun lewat hari ni apatah lagi perlawanan semalam tamat pada pukul 5 pagi namun seperti yang kita semua maklum juara Fifa tahun ni telah jatuh kepada Spain dengan kemenangan 1-0.

kalau dilihat perlawanan semalam,Iker Cassilass banyak menyelamatkan Spain.Ngeri seketika melihat sepakan kuat oleh pemain Belanda terkena pada dada Xabi Alonso.uish tak pecah ker paru paru dia kena tujahan keras seperti tu?

Eh apesal aku sibuk sibuk duk ulas pasal FIFA nie padahal berlambak lagi blogger yang ulas. Sebenarnya aku nak bagitau korang gara gara Spain menang piala dunia semalam, aku dapat KREEEEDIITTT PANGGILAN PERCUMA DARI CELCOM!! yuhuuuuuuu sebab tu bersungguh aku tonton perlawanan tu sampai habis tu walaupun ada masa tambahan.

Untuk join kempen 'CELCOM Vote Pasukan Pilihan Anda' ni adalah FREE (sebab tu aku join,keh keh) kalau pasukan kita pilih menang, kita akan dapat kredit panggilan percuma dari celcom maka sesungguhnya pagi ini aku tak mengantuk apabila menerima mesej tahniah dan kredit percuma dari celcom.

Wahhhh sedang berfikir siapa aku nak kol dengan kredit percuma ni yiihhaaaaa maaf aku memang teruja sket kalau dapat barangan percumaaaa oh gembiranya hatiiii save kredit aku !

Monday, June 21, 2010

SAYA SAYANG DEDDY SAYA !


Dua hari lepas semasa aku menghadiri majlis perkahwinan di Rantau Panjang, aku telah berselisih faham dengan ayah atas satu perkara yang aku rasa kecil tapi akhirnya telah menyusahkan ayah aku.

Akibatnya, aku ditengking di atas kereta di hadapan adik adik dan ibu aku Biasala dah bila aku anak sulung,rasa ego aku terhadap adik adik adalah tinggi. Paling tak boleh tahan, lebih 5 tahun aku tidak ditengking ayah aku so bila ditengking korang faham faham sendiri la bagaimana rasanya masa tu.
Malam tu, semua blogger buad entry' selamat hari daddy' untuk bapak diorang. Aku rasa kosong sangat.hish nak buad ker tanak buad.

Tuk tak tuk tak aku pun menghantar mesej kat sorang member aku"Makan hati dengan ayah..,"
Namun balasan mesej yang diberi olehnya menyentuh hati aku,"Kau masih dapat rasa bagaimana ditengking ayah, aku pulak...huh.."
Teringat pulak yang member aku telah kehilangan arwah ayahnya 4 tahun lalu.

Sehingga sekarang setiap kali aku bertembung ayah di ruang tamu, bibir ini terasa begitu ego sekali untuk meminta maaf.Namun kalau ayah aku terbaca entri ni,aku ingin ayah aku tahu bahawa aku sangat menyayangi ayah dan meminta maaf kerana telah menyakiti hati ayah beberapa hari ini.


*teringat masa aku form 4 dulu ayah aku lah satu satunya insan dalam famili aku yang sanggup meneman aku menaiki roller coaster kat time square walaupun dia muntah muntah selepas itu.kesian kat ayah. =]

HARGAILAH AYAH MASING MASING KERANA MEREKA TELAH BANYAK BERKORBAN KERINGAT MEMBESARKAN KITA

Saturday, June 5, 2010

JANGAN MENGUSIK ORANG TENGAH SOLAT !


Suatu hari, masa adik lelaki aku pergi sembahyang berjemaah kat masjid, dia menceritakan telah berlaku satu insiden yang mana telah meruntuhkan sembahyang para jemaah dan juga imamnya.

Apakah insiden itu?

Pada suatu malam yang tenang dan indah ditaburi kilauan bintang di langit,para jemaah sedang khusyuk mendengar bacaan al fatihah yang merdu dari imam...

"siro tollazi na an am ta alaihim...~
ghoiril magh dhu bi alaihim waladdho lin...~"

tepat ketika imam sedang menghabiskan bacaan al fatihahnya,tiba tiba masuk dua malaun yang terlewat sembahyang berjemaah dan seorang daripadanya menjerit sambil menghayunkan tangan ibarat seorang superstar di atas konsert.

"Ramaii ramai... ~! come on...!!"

"Aaaaaaaaameeeennnnnnn~...."
serentak itu disusuli para jemaah yang meng aminkan al fatihah.


imam nampaknya sudah terbatal sembahyang kerana tergelak.

*Kalau orang orang yang lemah iman macam aku sudah tentu tergelak semasa berada dalam situasi sembahyang tersebut.

p/s: korang pernah tak diusik ketika solat ?
LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails