Sunday, November 13, 2011

CARA UNTUK MENJADI ARTIS TANPA BAKAT TERPENDAM.


Sekarang ni kita tengok ramai orang menggunakan twitter untuk meluahkan perasaan.

orang kata kalau kau ada akaun twitter ni kau dah macam artis youu.

orang kata kalau seseorang tu jenis suka update status,setiap dua minit asyik asyik nak update status baru,baik post kat twitter sebab kalau post kat facebook,orang kata apa masalah lu.ingat news feed facebook ni lu punya ka?

namun tak dinafikan,bilangan orang yang ada akaun facebook lagi ramai dari bilangan orang yang ada akaun twitter.

dan bilangan orang yang ada akaun twitter lagi ramai dari bilangan orang yang ada akaun bank.

sebenarnya,tujuan aku update blog kali ni bukanlah sebab ingin membidas balik kenyataan abang ipar angkat aku yakni encik misai,Heroic Zero .Dalam kenyataannya,beliau mengatakan yang aku update blog setahun sekali sahaja.

Jadi kali ini aku ingin membuat sidang akhbar bagi membetulkan balik kenyataan beliau itu bahawa aku akan aktif berblogging balik dah pasni sekaligus membuktikan aku bukan pemalas!hewhewhew~!!

jadi jomla kita bertwitter twitter rakan blogger sekalian.
sebenarnya ada dua tujuan jer aku buat twitter.

1.sebab yang pertama ialah mak ayah aku takdak twitter,dorang ada facebook jer so bolehla kita tak malu nak bergosip gosip hal remaja sikit dekat twitter.huehuehue

2.sebab yang kedua ialah tahun ni aku takdak pilihan untuk online wifi unlimited yang heaven giler lajunya macam dulu,so  taun ni terpaksala menggunakan pakej broadband yang mahal macam celaka.500mb SAHAJA dia kasi limit sebulan.

tapi ni baru seminggu aku topup broadband aku,kompeni broadband da antar mesej kat aku kata yang aku da pakai 80% dari kuota diberi!baru seminggu topup broadband doe dah 80% usage dalam masa seminggu!!

so mari la kita sama sama menyokong aku dengan korang semua pakat follow twitter aku ok.haha bukan apa sebab twitter ni ringan sikit dari blog yang dipenuhi widget(kasihanilah pengguna broadband!!!wuuu~~wuuu~~T___T)dan dengan twitter lagi senang nak berhubung dengan kawan kawan blogger semua berbanding facebook.
so lekas la add me on twitter :  https://twitter.com/#!/syahira_ariff



aku mintak maaf sangat sangat tak dapat beramah mesra blogwalking macam dulu.apa apa hal jom kita borak kat twitter yang page loadnya lagi ringan.haha,gerenti aku reply setiap tweet korang.saper follow aku,dia akan  kaya dan dapat zuriat comel comel nanti*gaya terdesak nak dapat follower

7 comments:

Farhani Mazlan said...

untunglah dah ada twitter.hehehe

zida said...

la baru buat twitter ke??

Sogeking Kun said...

gua artis tapi gua tak de twitter.

blog-tips-kurus said...

FB ado tapi x aktif. twitter tak do. kesian tak?? ;)

oranglidi said...

ok2. nt ak folow

HEROICzero said...

gua anggap ni sabotaj terhadap gua ni .

syahira ariff said...

farhani mazlan :kak haniiii...gegam la dia..org bru jer nak ada twitter.haha

zida : tak reti guna.T__T agak ketinggalan kan

sogeking kun : habis lu balas komen peminat lu macam mana?

blog tip kurus? : no matter,asal blog jalan tiap2 hari. :)

oranglidi: bagus,eh inform aku apa nama twitter kau.

heroiczero : nak jadi abang ipar gua,mmg banyak ujian dan cobaan perlu ditempuhi.

LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI.KALAU NAK SHARE,KAT ATAS TU ADA BUTANG SHARE. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails